HPUPM Beri Pendedahan Virus 2019nCov Di Adni Bangi School | Universiti Putra Malaysia

HPUPM Beri Pendedahan Virus 2019nCov di Adni Bangi School

Serdang, 31 Jan – Satu program ceramah kesihatan telah dilaksanakan oleh tenaga kerja Hospital Pengajar UPM (HPUPM) kepada guru dan pelajar Sekolah Rendah Islam Intergrasi Adni Bangi, Kg Dato’ Abu Bakar Baginda.
Seramai 190 pelajar telah diberi pendedahan tentang kepentingan penjagaan kesihatan diri dan bahaya wabak Coronavirus (2019nCoV) dan wabak denggi oleh Pengarah HPUPM, Prof. Madya Dr. Muhammad Mohd Isa. Program turut dimeriahkan dengan pameran kesihatan, permainan puzzle serta ‘photobooth’.
Objektif program ini adalah bertujuan untuk menanamkan tabiat menjaga kebersihan dikalangan pelajar dan mewujudkan kesedaran kepada masyarakat khususnya guru dan kakitangan Sekolah Rendah Islam Intergrasi Adni Bangi mengenai kepentingan menghargai diri sebagai aset yang paling berharga.

Date of Input: 03/02/2020 | hirfarizan

MEDIA SHARING

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
---
CUKQUAP:20:20