Capaian Internet | Universiti Putra Malaysia
» PERKHIDMATAN » ICT » Capaian Internet

Capaian Internet


Terdapat dua jenis capaian internet di UPM iaitu wired dan wireless.

Wired (berwayar)

Sistem rangkaian yang berasaskan teknologi Gigabit Ethernet dengan kelajuan dari 100Mbps, 1,000Mbps sehingga kepada 10Gbps

Sistem rangkaian UPM yang lebih dikenali dengan UPMNet ini melibatkan rangkaian utama kampus yang meliputi lebih kurang 20,000  nod rangkaian di kampus Serdang dan Bintulu. Kelajuan capaian internet bagi kegunaan pelajar, penyelidikan serta proses pengajaran dan pembelajaran ialah 200 Mbps dan bagi kegunaan capaian wireless, iaitu dikenali sebagai uSpot ialah 100Mbps.

Wireless (tanpa wayar)

Rangkaian capaian secara wireless di kampus UPM dikenali sebagai uSpot  

uSpot UPM merupakan kemudahan capaian secara wireless sistem rangkaian kampus (UPMNet) dan internet secara percuma kepada pelajar, khususnya di kawasan kolej kediaman UPM.

Kemudahan wireless ini meliputi kawasan kolej dan fakulti serta kawasan tumpuan pelajar di sekitar kampus. Sistem uSpot ini meliputi lebih kurang 75% liputan sekitar kampus. Sistem ini telah mengendalikan lebih kurang 5,000 penggunaan aktiviti setiap hari dalam satu-satu masa.

Perkhidmatan uSpot ini diuruskan oleh Pusat Operasi uSpot Operation Centre (USOC) yang dikendalikan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP). Pusat operasi ini terletak di tingkat 1, Bangunan Astaka Budaya Seni UPM. Pusat ini berfungsi sebagai pusat khidmat sokongan atau helpdesk untuk memberikan bantuan teknikal berkaitan wireless kepada pengguna dan mengurus selia penyelenggaraan peralatan uSpot.

Bagi pelajar yang berdaftar dengan perkhidmatan uSpot ini, mereka diperuntukkan sebanyak 40 jam kredit capaian seminggu, manakala untuk mencapai rangkaian UPMNet seperti SMP, laman sesawang fakulti, e-mel MUTIARA, dan sebagainya tanpa had dan tidak memerlukan penggunaan kredit capaian.


Kemaskini:: [hairul_nizam]

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
+603 8948 7273
B1566636707