| Universiti Putra Malaysia

UPMKB anjur simposium fokus aspirasi pemerkasaan komuniti berteraskan konsep madani

Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin

Foto Oleh: Saleha Haron

KUALA LUMPUR, 28 Februari: International Symposium of Social Sciences, Management, Science & Technology (iRandau2023) telah dianjurkan oleh Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) sebagai platform untuk berkongsi penyelidikan dan penemuan berkaitan sains sosial, ekonomi, dan pengurusan serta sains dan teknologi.

iRandau 2023  memperlihatkan identiti perpaduan masyarakat majmuk di Malaysia yang sentiasa meraikan citra kepelbagaian masyarakat hingga ke peringkat antarabangsa.

Hasil Simposium Antarabangsa ini mengandungi aspirasi dan perkongsian tanggungjawab memperkasa komuniti masyarakat berteraskan kepada konsep Madani.

Simposium ini bertujuan untuk menjadi platform bagi para penyelidik mendapatkan aspirasi dan maklumat terkini serta menyebarluas perkongsian dan pemindahan ilmu kepada komuniti, serta mendapatkan input mengenai isu-isu dalam kalangan masyarakat, budaya dan tradisi Sarawak yang pelbagai.

‘Randau’ adalah istilah yang berasal daripada Bahasa Iban yang bermaksud dialog atau perbincangan. Berpandukan konsep ini, iRandau2023 dianjurkan sebagai platform untuk berkongsi penyelidikan dan penemuan berkaitan sains sosial, ekonomi, dan pengurusan serta sains dan teknologi.- UPM

SXETGAU~