| Universiti Putra Malaysia

UPMKB anjur Program Putra Bakti Future Entrepreneur: Road to Success, didik nilai keusahawanan dalam kalangan belia

Oleh: Roslan Ismail

BINTULU, 20 Mac – Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) telah menganjurkan Program Putra Bakti Future Entrepreneur: Road to Success bagi mendidik nilai usahawan dalam kalangan belia sekitar Bintulu serta warga UPMKB.

Seramai 70 belia serta program tersebut yang dianjurkan oleh Pelajar Kursus QKH2104 Usahawan Siswa (Kumpulan 1), Semester Kedua Sesi Akademik 2022/2023, UPMKB baru-baru ini

Pengarah Program Putra Bakti Future Entrepreneur : Road To Success,  Wan Amrin Aniq Wan Abu Manshor berkata,  aktiviti itu dilakukan bertujuan untuk memberi pendedahan tentang cara penjanaan pendapatan yang betul.

“Ia juga dapat menambah ilmu pengetahuan dalam kalangan masyarakat berkenaan untuk lebih cakna dengan pengurusan kewangan yang kini adalah penting untuk penggunaan semasa kecemasan,” katanya.

Selain itu, terdapat empat sesi perkongsian ilmu yang diadakan untuk para belia yang berminat dalam bidang keusahawanan antaranya peranan usahawan dalam pemasaran di era digital, pengurusan kewangan yang efektif, bantuan kewangan yang disediakan untuk belia dan pendedahan kepada peluang  perniagaan yang ada.

Sesi slot penceramah telah disampaikan oleh (Dia ni owner apa?) Muhammad Abdul Rahim Habib yang bertajuk The Psychology of Successful People dan slot kedua oleh Pemilik Safura Bakery, Siti Nursafura Che Man iaitu The Way To Be Success.

Seterusnya, slot ketiga telah disampaikan oleh Pensyarah UPMKB, Dr. Anita Rosli yang bertajuk Entrepreneur And Business serta slot terakhir iaitu Entrepreneurship: Sources of Finance oleh Dr. Aryaty Alwie.

Fasilitator program, Roslan Ismail berkata, program itu adalah sejajar dengan hasrat Naib Canselor UPM yang menyasarkan 90.5 peratus kebolehpasaran graduan UPM untuk menceburi bidang perniagaan dan 130 usahawan siswa disasarkan untuk mendaftar perniagaan mereka dengan pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

“Ini menunjukkan graduan UPM lebih cakna dalam menceburi bidang perniagaan dan saya percaya graduan UPM boleh mencipta pekerjaan serta merangsang pertumbuhan ekonomi negara,” katanya.

Sementara itu, antara program yang dijalankan sepanjang dua hari adalah Ice Breaking, LDK 1 iaitu Business Simulation Game, LDK 2 iaitu We Think We Sell serta LDK 3 iaitu The Creative Promoter.  -   UPM

SXEUVAe~