| Universiti Putra Malaysia

UPM SUMBANG KEPAKARAN CIPTA FASILITI CUCIAN TANGAN BERINTEGRASI BUAT SEKOLAH DI SELANGOR

 
Rawang, 7 November - Fakulti Kejuruteraan (FK), Universiti Putra Malaysia (UPM) melaksanakan projek PutraWASH (Water, Sanitation, & Hygiene) iaitu binaan fasiliti cucian tangan berintegrasi rawatan air kelabu menggunakan blok salingkunci (IBS), dengan konsep bina sendiri di dua buah sekolah terpilih di Selangor iaitu SK Sungai Choh, Hulu Selangor dan SMK Seri Garing, Rawang.
 
Projek yang diketuai oleh Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Awam, FK UPM, Ts. Dr. Nor Azlina Alias ini adalah sebuah fasiliti yang dibina sekitar kawasan pintu utama sekolah bagi memastikan pelajar berada dalam kondisi paling minima dalam menjadi agen penyebar virus.
 
"Fasiliti yang dibina mempunyai keistemewaan kerana sistem rawatan air kelabu ini telah diintegrasi bagi memastikan sisa air telah dirawat sebelum aliran ke longkang berhampiran bagi mengurangkan pembuangan bahan tercemar.
 
 
"Apa yang istimewanya adalah, fasiliti ini mengambil kira aspek kelestarian kerana bahan yang digunakan daripada lapisan tanah, pasir, karbon teraktif dan kerikil. Bukan itu sahaja, fasiliti ini dilengkapi dengan 'Planter box' bagi membolehkan tumbuhan bersesuaian hidup dengan penjagaan yang minima," katanya.
 
Bagaimanapun, Program PutraWASH ini adalah sebuah langkah pencegahan dan kawalan jangka panjang bagi meningkatkan kesihatan serta wabak penyakit yang mengancam nyawa pelajar sekolah lagi-lagi pada penularan wabak Covid-19 sehingga wujudnya kluster pendidikan.

SXDdOA~