| Universiti Putra Malaysia

UPM cipta rekod MBOR, 3000 peserta sertai kejohanan Ragbi

Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin

SERDANG, 19 Februari: Universiti Putra Malaysia (UPM)  berjaya menerima sijil daripada pihak Malaysia Book of Records (MBOR) bagi peserta paling ramai untuk Kejohanan Ragbi Serdang Sevens 2023.

Ini kerana UPM telah menerima penyertaan peserta paling ramai di Malaysia iaitu 200 kumpulan dan 3000 peserta menyertai Kejohanan Ragbi Serdang Sevens 2023.

Pengarah Akademi Sukan UPM, Prof. Madya Dr. Tajularipin Sulaiman berkata, UPM mencipta sejarah menjadi Intitusi Pengajian Tinggi(IPT) pertama yang diiktiraf oleh  MBOR bagi penyertaan terbesar untuk Sukan Ragbi (Largest Participation in a Rugby Tournament) dan secara tidak lansung UPM merupakan Universiti Awam  (UA) yang terbaik dalam sukan ragbi.

“Kejohanan Ragbi Serdang Sevens 2023 adalah satu usaha UPM bagi menperlihatkan visibiliti UPM dalam sukan ini dan memberi kesedaran kepada masyarakat di luar sana bahawa pentingnya sukan.

“Ianya adalah satu usaha untuk mengalakkan golongan muda menjadi pemain ragbi muda dan melanjutkan pengajian di UPM,” katanya.

Kejohanan Ragbi Serdang Sevens 2023 telah berlangsung selama dua hari iaitu pada 18 dan 19 Februari 2023.-UPM

SXETMA~