| Universiti Putra Malaysia

UPM Angels juara Ragbi 7’s Jemputan MASUM 2015

By Noor Eszereen Juferi
Photos by Noor azreen Awang

 



SERDANG,  19 April – Pasukan UPM A, UPM Angels menjuarai sukan Ragbi 7’s Jemputan MASUM 2015 yang disertai 32 pasukan yang daripada universiti awam, institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), Politeknik dan Kolej Komuniti seluruh negara.

Dengan kemenangan itu, pasukan UPM A membawa pulang piala iringan, wang tunai  RM1,500 dan pingat. Hadiah disampaikan Ketua Penolong Setiausaha, Seksyen Penyelaras Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Tony Azman Hassan.

Pasukan UPM B pula, muncul naib juara dan menerima piala iringan dan wang tunai RM1,000.



Ketua pasukan UPM A, Zulkiflee Azmi berkata pasukan itu turut menjuarai pertandingan itu pada tahun lalu yang diadakan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) .

“Perancangan seterusnya kami akan fokus untuk perlawanan di Jakarta pada bulan Mei ini dan MASUM 15’s yang akan diadakan pada Julai ini. Kami juga akan mempertingkatkan latihan dari segi kecergasan dan pertahanan,” katanya.

Beliau yakin sukan ragbi di Malaysia boleh pergi jauh dan berharap akan dikembangkan di peringkat sekolah untuk pencarian bakat baharu dalam sukan itu.

“Saya percaya sukan ragbi akan menjadi antara sukan popular di negara ini dan dapat direalisasikan dengan adanya pendedahan untuk mempelajari sukan ini,” katanya.

Pasukan UPM A dilatih oleh Khairizal Ali Amat dan Shah Iran Sahar. Para pemain terdiri daripada Nazuridin Abd Latiff; Mohamad Syarif Saiful Azwan; Wan Izzuddin, Mohamad Aliff Al-Hafiz; Nik Mohd Shahiddan Mohd Zain; Ahmad Syukor Iqbal Ab Raman; Muhammad Nazreen Fitri Nasrudin; Muhammad Shafiq Mohd Zaiki; Muhammad Ameer Nasrun Zulkefli; Mohd Nur Ikqwan Nordin dan Aliff Sazrie Azmi. - UPM

Senarai penuh pemenang:
1) Johan Cup: UPM A
2) Naib Johan Cup; UPM B
3) Ketiga Cup; UiTM A
4) Keempat Cup; UTM
5) Johan Plate; IIUM A
6) Johan Bowl; UniKL MIAT
7) Johan Shield; UM A


SXDdJA1~