| Universiti Putra Malaysia

Tangguh semester kerana kecederaan, Nurul Hidayah graduat tepat pada masanya

SERDANG, 29 November – Walaupun menghadapi kecederaan patah tulang belakang graduan Bacelor Sains Biologi Sel dan Molekul Dengan Kepujian, Nurul Hidayah Mohd Rosedi terus cekal dan berjaya bergraduat tepat pada masanya (GOT).

Nur Hidayah berkata kecederaan beliau berpunca terjatuh ketika melakukan aktiviti lasak dalam salah satu aktiviti ko-kurikulum universiti.

“Saya telah berada di hospital untuk 11 hari dan perlu memakai body cast selama 4 bulan dan ibu mengesyorkan saya untuk menangguh semester untuk memastikan saya benar-benar pulih,” katanya.

Cabarannya apabila telah pulih, beliau perlu mengulangkaji pelajaran kerana terlepas semester, beliau bersyukur walaupun bersama rakan baharu beliau dapat menyesuaikan diri bersama rakan baharu.

“Saya bersyukur Tuhan mempermudahkan perjalanan saya sungguhpun saya tidak mengenali rakan baharu tetapi mereka memudahkan saya dan kami bersama-sama menyelesaikan tugasan bersama,” katanya.

Sungguhpun pernah mengalami kecederaan, ianya tidak menghentikan semangat beliau untuk terus kekal aktif dan memastikan beliau seiring dengan pembelajarannya.

“Untuk saya semakin jadual saya padat, saya akan lebih menghargai masa serta memanfaatkan waktu itu dengan tidak membuang masa dan ini sekali gus memberi saya pengalaman serta mendisiplinkan diri saya,” katanya.

Beliau berkata bagi beliau aktiviti ko-kurikulum perlu seiring dengan pembelajaran kerana ianya secara langsung memberi pengalaman serta membina soft skills yang boleh digunakan apabila bekerja kelak. - UPM

WXESOA~