| Universiti Putra Malaysia

Status sebagai seorang ibu tidak menghalang menggenggam PhD

Oleh: Nurul Qamarina Azli
Pelajar Sains Pembangunan Manusia dengan Pengurusan, FEM



SERDANG, 30 November – Status sebagai seorang ibu ini tidak menghalang Saheera Sardar Mohamed, 35, untuk menamatkan pengajian beliau di peringkat doktor falsafah (PhD) dalam bidang Komunikasi Massa.

Beliau akui bahawa cabaran terbesar beliau adalah membahagikan masa sebagai seorang ibu, isteri dan bekerja.

“Bukan mudah untuk membesarkan anak sewaktu belajar,” katanya.

Pada tahun pertama pengajian, Saheera Sardar Mohamed telah mengandung anak pertama yang kini berumur 7 tahun. Cabaran beliau semakin mencabar apabila mengandung cahaya permatanya yang kedua semasa pada tahun tiga pengajiannya.

Tambah beliau, emosi beliau turut terganggu semasa berpantang.

“Saya bersyukur mempunyai pasangan yang memahami keadaan saya,” katanya
Beliau merupakan seorang pensyarah di universiti swasta semasa melanjutkan pengajian. -UPM

SXEZNAv~