Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari
![]() |
![]() |
KUALA LUMPUR, 21 Feb - Prof. Ir. Dr. Mohd Sapuan Salit daripada Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya meraih Anugerah The Institution of Engineering and Technology (IET) Malaysia Leadership Award (Academic) 2022 baru-baru ini di Aloff Hotel, Kuala Lumpur.
Anugerah berprestij ini diberikan oleh IET yang berpangkalan di United Kingdom atas pencapaian beliau sepanjang 2022 dalam bidang kejuruteraan bahan dan pembuatan khasnya.
Beliau yang membawa pulang trofi kemenangan dan sijil penghargaan meluahkan rasa syukur dan berusaha untuk memberikan perkhidmatan lebih berkualiti lagi selepas ini.
"Semoga dengan kemenangan ini saya akan bekerja dengan lebih gigih lagi selepas ini agar dapat memberikan sumbangan yang lebih berkualiti pada negara," katanya.
Sementara itu, pensyarah Fakulti Kejuruteraan UPM, Profesor Ir Dr Zainal Abidin Ab Kadir turut sama menempa nama menjadi finalis anugerah ini. - UPM
Date of Input: 22/02/2023 | Updated: 22/02/2023 | hairul_nizam
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA