Percintaan Di Kampus Tidak Halang Suami Isteri Genggam Ijazah | Universiti Putra Malaysia
» NEWS » Percintaan di kampus tidak halang suami isteri genggam ijazah

Percintaan di kampus tidak halang suami isteri genggam ijazah

Oleh: Siti Fatimah Natasya Zakaria dan Jerrywesly Senaja

SERDANG, 13 Jan – Program Asasi Sains Pertanian (ASPer), Universiti Putra Malaysia (UPM) menjadi titik pertemuan pasangan suami isteri iaitu Muhammad Mujib Khairul Amri dan Ainin Farah Hannan Rosli, graduan pada Majlis Konvokesyen UPM kali Ke-44 di sini.

Walaupun berlainan fakulti dan program pengajian, Muhammad Mujib adalah pelajar Bacelor Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian, Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE) manakala Ainin Hannan, pelajar Bacelor Bioperubatan dengan Kepujian, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) ianya tidak menjadi halangan untuk mereka sama-sama bergraduat sebagai suami isteri dengan cemerlang.

Berniat untuk berkahwin pada semester tujuh, pasangan ini telah menamatkan zaman bujang mereka sejurus selepas tesis mereka berjaya disiapkan.

Muhammad Mujib berkata percintaan di universiti bukan penghalang untuk mencapai kejayaan dan pasangan ini adalah antara pelajar yang pernah mendapat Anugerah Naib Canselor dan Anugerah Dekan bagi beberapa semester sepanjang bergelar pelajar di UPM.

“Hubungan percintaan ini telah membuatkan kami lebih bersemangat dalam pelajaran dan kehidupan semasa berada di kampus dan find the right person because the right person will fill your growth,” katanya.

Beliau yang turut aktif dalam bidang perniagaan berkata isterinya adalah antara pelajar yang aktif dalam Kelab Bioperubatan dan pernah menjadi Exco Akademik bagi kelab tersebut serta pernah mengetuai pasukan Zumba untuk kolej dan juga fakulti.

Ainin Farah Hannan berkata adalah amat penting untuk mencari pasangan yang boleh memberi motivasi, sokongan dan berkongsi ilmu antara satu sama lain. - UPM

Date of Input: 13/01/2022 | Updated: 13/01/2022 | hairul_nizam

MEDIA SHARING

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
---
CVBWEA:04:19