| Universiti Putra Malaysia

PENGURUSAN MASA RAHSIA MENGGENGGAM Ph.D

Oleh: Faruq Irsyad Razali
Pelajar Bacelor Sains Pembangunan Manusia

SERDANG, 22 MAC – “Kejayaan akademik pada hari ini adalah amat manis apabila saya berjaya menghabiskan pengajian diperingkat Doktor Falsafah dalam tempoh masa 3 setengah tahun, pada masa yang sama saya perlu bekerja sebagai seorang pensyarah sepenuh masa di sebuah universiti swasta dan menjalankan perniagaan sendiri”.

“Melanjutkan pengajian diperingkat Doktor Falsafah, pada waktu yang sama perlu menguruskan keluarga, tanggungjawab terhadap pekerjaan sepenuh masa dan perniagaan memerlukan pengurusan masa yang baik, jadi kita perlu bijak untuk work smart dan work efficient”.

Kata Dr. Nik Syamsul Bahari Che Yusof, 39 apabila ditanya mengenai perasaannya setelah menerima ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Biocomposite Technology and Design semasa Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-45, hari ini.

Beliau mengucapkan berterima kasih kepada keluarga dan penyelia pengajian beliau iaitu Prof. Dr. Safwan bin Salit diatas dorongan serta bantuan sepanjang pengajian beliau.

“Saya rasa kerja keras saya sepanjang pengajian ini menjadi kenangan manis buat saya selain kertas kajian saya dipilih sebagai kertas kajian terbaik dalam satu konferensi mengenai biokomposit yang saya hadiri ketika itu”, katanya lagi

Cabaran yang pernah dihadapi oleh beliau ialah apabila beliau dan isteri bersama-sama sambung belajar ketika pengajian master dan menghadapi masalah kewangan. Namun, perkara tersebut berjaya diatasi apabila mereka mula menubuhkan perniagaan.

Kini, perniagaan beliau iaitu Excel Kids Kindergarden telah berkembang menjadi tiga cawangan serta turut membuka peluang pekerjaan kepada para graduan UPM selain berusaha untuk mendaftarkan diri sebagai Jurutera Profesional.

“Prinsip hidup saya ialah kita boleh bermimpi tapi kita juga harus bertindak. Kita tak boleh merungut sebab ianya tidak akan menyelesaikan masalah, jadi kita harus bertindak dan selesaikannya”.

“Nasihat saya kepada pelajar, tumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran dan apabila telah habis carilah mentor yang baik di samping menambahkan pengalaman. Jangan mengalah kepada takdir dan nasib”, kata Dr. Nik Syamsul Bahari Che Yusof sebelum wawancara berakhir. - UPM

SXETOAX~