| Universiti Putra Malaysia

Peluang kerja banyak walaupun mencabar dalam bidang pertanian

Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin
Foto Oleh Sabri Omar


Langkah bagi memastikan bekalan makanan di Sarawak mencukupi susulan isu keselamatan makanan yang dihadapi seluruh dunia, generasi muda perlu menceburi sektor pertanian.

Ini kerana industri pertanian dilihat sangat luas dan banyak yang boleh diterokai bagi memastikan bekalan makanan cukup menurut pelajar Bacelor Sains Bioindustri, Jabatan Sains Tanaman, Fakulti Sains Petanian dan Makanan, Samuel Ding Sigo, 22.

“Oleh itu saya memilih untuk menyambung pengajian dalam kos ini untuk belajar lebih luas dalam bidang pertanian dalam skala yang besar seperti industri kelapa sawit dan sayur-sayuran.

“Keluarga juga banyak mempengaruhi kerana mereka mengusahakan sendiri ladang kelapa sawit. Oleh itu, selepas sahaja tamat belajar saya boleh menjadi petani moden dan ingin mengubah persepsi golongan belia bahawa pertanian bukanlah sebuah pekerjaan yang kotor.

“Petanian bukan sekadar bercucuk tanam sahaja dan ambil hasil ianya juga boleh melibatkan banyak benda,” katanya.

Menurut pelajar tahun akhir Bacelor Sains Bioindustri, Jabatan Sains Tanaman, Fakulti Sains Petanian dan Makanan, di Sarawak rata-rata wanita akan menguruskan kebun sayuran, beras bersama-sama rakan-rakan mereka dengan bersemangat sekali setiap awal pagi.

“Ini tidak mematahkan semangat saya juga untuk berkecimpung dalam bidang pertanian sama seperti ibu saya sendiri. Saya ingin menjadi seorang petani moden di Sarawak di samping mengekalkan kaedah tradisional dan moden,” katanya.

Sementara itu, bidang pertanian juga adalah sumber pendapatan yang ramai belia terlepas dan agak rugi jika peluang ini tidak direbut dan dilepaskan begitu sahaja menurut pelajar tahun akhir Bacelor Sains Bioindustri, Jabatan Sains Tanaman, Fakulti Petanian dan Makanan, Nellcey Debbra Gumiging.

“Tamat sahaja ijazah saya akan menjadi petani dengan mengusahakan tanah yang ada untuk menjual hasil sayur-sayuran dan menggunakan segala ilmu pertanian untuk menambah hasil pertanian yang berkualiti di samping mengekalkan kelestarian,” katanya.

SXEUMAN~