| Universiti Putra Malaysia

Pelajar UPM beri pendedahan awal kepada Anak Yatim dan Asnaf untuk tingkatkan kemahiran insaniah dan kemahiran kepimpinan

Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin

BANTING, 16 Januari - Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menjalankan Program Semaian Kasih kepada anak-anak Yatim Rumah Anak Yatim dan Asnaf Solihin, Banting Selangor pada 7 sehingga 8 Januari lalu.

Program Semaian Kasih ini objektifnya untuk membantu meningkatkan kemahiran kepimpinan dan memberi pendedahan awal kepada anak-anak yatim bagi meningkatkan kemahiran kepimpinan dan komunikasi dalam diri anak-anak yatim untuk meningkatkan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar terutama untuk melakukan program komuniti.

Ketua projek kumpulan 4 dan 14, pelajar Bacelor Sains Bioperubatan, Fakulti Perubatan Tahun 1, Muhammad Imran Hakim Safiai berkata, bagi mencapai kedua-dua objektif ini, aktiviti yang dilaksanakan ialah pertanian bandar. Aktiviti ini adalah untuk menggalakkan interaksi sosial antara anak yatim dan juga pelajar UPM meningkatkan motivasi diri serta membentuk kumpulan sendiri dan bekerja secara berpasukan bagi menghasilkan produk makanan untuk kegunaan sendiri atau dijual.

"Apabila mereka mempelajari ilmu dan kemahiran Urban Farming Garden ini, mereka boleh menggunakan kemudahan ini untuk dijadikan sebagai pengalaman untuk bercucuk tanam sekaligus ianya mempunyai nilai tambah sebagai pendapatan tambahan pada masa depan.

"Kami juga memberi pemeriksaan kesihatan secara percuma yang dilakukan oleh pelajar tahun akhir Fakulti Perubatan UPM dan taklimat penjagaan diri kepada mereka. Ia adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada mereka tentang kepentingan menjaga kesihatan pada usia yang muda," katanya.

Program ini adalah Program Bakti Siswa hasil koloborasi antara kumpulan 4 dan 14 yang menjalankan tugasan iaitu merancang dan menguruskan sebuah program atau aktiviti sukarelawan untuk memberi nilai tambah kepada pelajar.- UPM

SXETUA~