| Universiti Putra Malaysia

Pasangan kembar raih Bacelor, kini jurulatih ping pong

Oleh: Noor Eszeeen Juferi



SERDANG, 29 November – Pasangan kembar, Charles Ngew, 24 dan Philips Ngew berjaya bergraduat dalam Bacelor Pentadbiran Perniagaan pada Majlis Konvokesyen UPM ke-46 Sidang 2 pada hari ini.

“Walaupun kami bersama dalam program pengajian, terdapat perbezaan dalam pengkhususan program kami iaitu saya mengambil bidang sumber manusia dan kembar saya dalam bidang pemasaran,” katanya.

Beliau turut kongsikan insiden lucu yang pernah berlaku ketika dalam pengajian iaitu pensyarah mereka keliru dengan mirip wajah serta identiti mereka apabila perlu melakukan sesi pembentangan di dalam kelas.

Pasangan kembar ini juga sangat meminati sukan ping pong serta telah berkecimpung dalam dalam sukan tersebut sejak berumur 10 tahun serta merupakan atlet sukan ping pong.

“Sebenarnya saya pernah mewakili negara untuk acara ping pong dan Philips juga mewakili negeri Selangor dan pertandingan ping pong di Malaysia mempunyai had umur hanya sehingga 18 tahun,” katanya.

Mereka berdua berpendapat dengan pengetahuan yang dipelajari di UPM mereka dapat mengaplikasikan ilmu tersebut dalam bidang sukan.

“Saya dapati persepsi umum menanggap bidang sukan ramai orang mempunyai persepsi hanya berakhir dengan berlatih sahaja, tetapi dalam bidang ini sebenarnya mempunyai pelbagai cabang antaranya adalah bagaimana untuk menguruskan sebuah pasukan, kewangan dan sebagainya,” katanya.

Charles dan Philips kini berkhidmat sebagai jurulatih ping pong di PJ Union Table Tennis Centre.

SXDdSA6~