| Universiti Putra Malaysia

Lawatan rasmi UPM ke IPB University Indonesia kukuhkan kerjasama dan jaringan pelbagai bidang

Oleh: Noor Eszereen Juferi

BOGOR, 11 Januari – Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), YBhg. Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman mengadakan lawatan rasmi di IPB University (Institut Pertanian Bogor) yang dihadiri oleh Rektor, Prof. Dr. Arif Satria dan Naib Rektor Hal Ehwal Antarabangsa, Kerjasama dan Hubungan Alumni, Prof. Dr. Ir. Dodik Ridho Nurrochmat.

YBhg. Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan berkata pertemuan itu bagi membincangkan kerjasama dalam penubuhan pejabat satelit, pertukaran staf dan pelajar, kolaborasi penyelidikan, penganjuran konferensi dan seminar serta memperkukuhkan jaringan dalam pelbagai bidang yang boleh dimanfaatkan bersama komuniti dan juga masyarakat.

Dalam pada itu, delegasi UPM turut dibawa melawat ke Agribusiness and Technology Park, IPB University.

Turut hadir, Dekan Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar (FHAS), UPM, Prof. Dr. Hazandy Abdul Hamid dan Pengarah Putra Science Park, UPM, Profesor Ir. Dr. Kamarul Arifin Ahmad. - UPM

SXEUWAw~