| Universiti Putra Malaysia

Konvo Run@UPM labuhkan tirai Majlis Konvokesyen UPM ke-46

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari
Foto: Muhamad Izrul Abdul Jabar dan Noor Azreen Awang
 
 
SERDANG, 3 Dis - Pusat Pertanian Putra dan Persatuan Sains Tanah Malaysia (MSSS) telah menganjurkan Konvo Run@UPM sempena Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen UPM ke-46 di Bukit Ekspo UPM hari ini.
 
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Ismi Arif Ismail berkata larian ini dibuat sebagai acara penutup setelah tujuh hari Majlis Konvokesyen sidang dua diadakan.
 
"Aktiviti ini juga bagi memastikan keseimbangan kesihatan mental dan fizikal warga UPM. Kita membuka penyertaan ini kepada semua peserta termasuk warga luar kampus UPM untuk turut serta beriadah.
 
 
"Saya sangat teruja melihat wajah gembira yang diberikan oleh peserta termasuklah kanak-kanak yang hadir," katanya.
 
Menariknya, Konvo Run@UPM turut mempertandingkan kostum kreatif kepada peserta yang menyertai larian ini dan dua kategori diadakan iaitu 6km dan 3.5km.
 
Graduan Bacelor Sains Kimia Petroleum, Muhamad Adil Adham, 23, yang memakai kostum One Piece meraih juara bagi larian 3.5km.
 
 
"Saya seperti tidak sangka akan menjadi juara kerana saya tidak mengejar masa larian kerana ini merupakan kali pertama saya menyertai larian sambil memakai kostum sebegini," katanya.
 
Sementara itu, juara larian sejauh 6km pula disandang oleh Pembantu Pegawai Pertanian, Azam Azman, 38. -UPM

SXDdCAN~