| Universiti Putra Malaysia

Kemurungan tidak halang graduan bangkit

Oleh: Nurul Qamarina Azli
Pelajar Sains Pembangunan Manusia dengan Pengurusan, FEM



SERDANG, 1 Disember – Hidapi penyakit mental (kemurungan) semasa belajar tidak menghalang Kavitha a/p Gnanavelan bergraduat semasa Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-46 pada hari ini.

Beliau menghidapi kemurungan dan trauma semasa di tahun dua pengajian pada peringkat ijazah sarjana muda Sains Pembangunan Manusia dengan Pengurusan.
“Penyakit ini amat mengganggu pelajaran saya,” katanya.

Tambah beliau, penyakit ini turut menyebabkan beliau ingin membunuh diri.

“Saya sentiasa teringat ibu dan arwah ayah saya sekiranya penyakit saya semakin teruk,” katanya.

Kavitha a/p Gnanavelan yang berusia 24 tahun semakin pulih apabila telah menjalani sesi kaunseling bersama kaunselor UPM. Beliau mengikuti sesi tersebut secara fizikal dan secara dalam talian walaupun semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Beliau berpesan kepada semua mahasiswa agar terus berusaha kerana perjalanan hidup masih lagi panjang dan kini beliau menyambung pelajaran dalam bidang Master Sains (Pembangunan Manusia).

WXEQXA2~