| Universiti Putra Malaysia

Kemudahan ICT lancar proses tranformasi digital sistem pendidikan buat pendidik dan pelajar

Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin

Foto Oleh: Izrul Abdul jabar

 

SERDANG, 30 Mei: Ramai yang sudah terbiasa menggunakan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian disebabkan Covid-19 yang melanda menyebabkan para pendidik berperanan sebagai pemudah cara kepada pembelajaran pelajar secara afektif dengan mewujudkan persekitaran kelas yang kondusif, produktif menggunakan teknologi pendidikan yang sesuai dengan model dan bahan yang sesuai pada abad ke-21.

 

Menurut pensyarah Fakulti Pengajian Pendidikan, Prof Dr. Wong Su Luan menyatakan bahawa pentingnya pembelajaran yang afektif lagi-lagi pada abad ke-21 ini yang terdedah dengan teknologi komunikasi dan maklumat  (ICT) bagi memberikan kebebasan kepada semua pelajar untuk menarik minat mereka menyertai kelas secara bersemuka ataupun dalam talian.

 

“Sebagai pendidik, kami bukan hanya mengajar tetapi perlu mencari kaedah afektif yang relevan pada abad ke-21 ini. Pendidikan berorientasikan afektif harus menjadi komponen penting dalam pendidikan masa kini. Oleh itu sikap guru tersebut dan minat adalah sifat yang perlu dipelajari agar ianya boleh dipelajari di dalam kelas dan juga luar kelas.

 

“Sikap dan minat seorang pendidik menggunakan ICT amat mempengaruhi pelajar lebih bermotivasi untuk memperoleh ilmu baru. Oleh yang demikian para pendidik perlu melibatkan pendidikan afektif dalam persekitaran pembelajaran formal dan tidak formal bagi pelajar untuk lebih minat sertai kelas dengan menggalakkan. Hasilnya pencapaiaan akademik pelajar akan meningkat apabila pendidik menggunakan kaedah afektif pada abad ke-21 ini,” katanya.

 

Prof Dr. Wong Su Luan menyampaikan syarahan inaugural yang bertajuk ICT for teacher education in the 21st Century, Do student affective traits matter? di Auditorium Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM.

 

Seterusnya, seorang pendidik perlu bersemangat dan cekap untuk membawa perubahan kepada pembelajaran melalui teknologi digital. Pada masa yang sama, revolusi digital akan mengubah pelajar zaman sekarang kearah lebih celik IT berbanding generasi sebelumnya dan lebih cenderung kepada teknologi.

 

Sementara itu, Naib Canselor UPM, Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman berkata kreativiti seorang pendidik pada abad ke-21 dengan menggunakan kaedah PdP amat berbeza dengan keperluan pendidikan sebelum ini.

 

“Dalam pendidikan abad ke-21, seorang pendidik berperanan sebagai pemudah cara kepada pembelajaran murid bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan produktif.

 

 “Justeru, peranan pendidik adalah sebagai agen perubahan pada abad ke-21 agak mencabar dan tidak lagi serupa dengan peranan yang dimainkan dalam pendidikan sebelum ini. Sebelum ini, pendidik hanya berperanan sebagai sumber ilmu pengetahuan, memimpin dan mendidik sahaja,” katanya.- UPM

SXDdQAf~