| Universiti Putra Malaysia

KAHWIN SEMASA PENGAJIAN TIDAK HALANG GENGGAM IJAZAH

Oleh Jerrywesly bin Senaja

 

SERDANG, 20 Mac - Melangsungkan perkahwinan pada tahun ketiga pengajian bukan penghalang kepada Nurul Husna Mohd Satar untuk menamatkan pengajiannya 6 bulan lewat daripada rakan seperjuangan di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia.

Walaupun terpaksa mengulang semula kertas “Professional Exam”, Nurul Husna, graduan Doktor perubatan itu tidak pernah berputus asa meskipun pada ketika itu beliau sedang sarat mengandungkan cahaya mata pertama.

“Saya berasa amat bersyukur kerana suami saya memahami tanggungjawab saya dan beliau menyokong usaha saya untuk terus berusaha menamatkan pengajian”, ujar beliau yang ditemui selepas tamat Majlis Konvokesyen UPM ke-45 hari ini.

Menurut Nurul Husna, 26, beliau mempraktikkan pengurusan masa yang baik sepanjang pengajian dengan menyusun aktiviti belajar harian dan menguruskan hal ehwal keluarga. Tambah beliau lagi, disiplin diri dan masa amat penting bagi memastikan beliau mengikut jadual harian yang telah disusun.

“Jangan cepat putus asa, banyakkan doa, dan usaha” merupakan kata-kata yang memotivasikan beliau untuk menamatkan pengajian walaupun mempunyai tanggungjawab sebagai seorang pelajar, isteri dan ibu. – UPM

WXDcUAi~