| Universiti Putra Malaysia

Jawatankuasa Parlimen Kesatuan Pelajar bersidang bincang permasalahan berkaitan hal ehwal pelajar

Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin
Foto Oleh: Izrul Abdul Jabar

SERDANG, 25 Ogos: Jawatankuasa Parlimen Kesatuan Pelajar (JKPKP), Universiti Putra Malaysia (UPM) bersidang di Sidang Parlimen dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), UPM.

Sidang parlimen itu bertujuan untuk membawa suara pelajar ke peringkat tertinggi universiti untuk membincangkan segala usul dan permasalahan berkaitan hal ehwal pelajar akan didengar dan diperkenankan oleh Speaker Dewan yang dipangku oleh Naib Canselor UPM atau wakil bagi pihak beliau.

Naib Canselor UPM, YH. Dato' Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman berkata, perlaksanaan Parlimen Kesatuan Pelajar UPM sesi 2022/2023 ini akan berlangsung bermula 26 hingga 28 Ogos 2022.

“Sebagai saksi kepada usaha Jawatankuasa Parlimen Kesatuan Pelajar yang menyediakan platform untuk kebebasan bersuara, berpolitik dan berpersatuan bagi memperjuangkan hal ehwal, kebajikan dan akademik pelajar UPM.

“Parlimen Kesatuan Pelajar ditubuhkan dengan objektifnya yang sangat jelas iaitu mendidik 6 perkara penting merangkumi, pertamanya adalah landasan lampiran kepimpinan yang lebih efisien, kedua struktur pentadbiran yang lebih tersusun, ketiga, unsur penglibatan pemimpin pelajar.

“Keempat, melaksanakan pengasingan kuasa yang lebih teratur, kelima, melicinkan aliran kerja dan keenam mencipta ruang semak dan impak selaras dengan matlamat mempertingkat kualiti dan daya saing graduan, katanya.”

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) UPM Sesi 2021/2022, Mohammad Haziq Zikri Zainuri berkata, Parlimen Kesatuan Pelajar telah membuka ruang kepada pemimpin mahasiswa untuk berkumpul bersama-sama dan berbincang berkenaan dengan sesuatu isu melalui cara yang lebih sistematik.

“Saya selaku Ketua Eksekutif Parlimen Kesatuan Pelajar sesi kali ini berharap agar kita semua dapat bekerjasama dalam menjayakan sidang parlimen dan mencapai satu kata sepakat dalam melakukan sesuatu keputusan.

“Keputusan yang dicapai nanti dapat memberikan impak yang positif kepada semua pelajar UPM,” katanya. - UPM

SXDdOAj~