| Universiti Putra Malaysia

Ibu 3 anak berjaya peroleh PhD dalam masa dua tahun pada usia 27

Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin
Foto Oleh: Noor Azreen Awang



Serdang, 29 November - Bekerja sepenuh masa, sambil menyambung pengajian peringkat Doktor Falsafah (Analisis Wacana) dan menguruskan keluarga itulah kekuatan seorang wanita bergelar ibu atau wanita.

Apa yang lebih membanggakan Dr. Nur Widad Roslan, 28 telah membuktikan kepada semua ibu dan wanita di luar sana beliau mampu memperoleh PhD di Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam masa dua tahun ketika usianya 27.

“Semasa menyambung ijazah sarjana muda lagi perjalanan pendidikan agak sukar kerana saya menguruskan anak pertama, pada master pula anak kedua dan semasa menyambung PhD melahirkan anak ketiga.

“Lagi-lagi semasa Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) tahun lepas dimana saya sangat gigih menguruskan anak-anak yang perlu belajar secara atas talian dan kehadiran cahaya mata yang ketiga serta tanggungjawab sebagai pensyarah sepenuh masa.

“Hanya pada waktu malam sahaja saya mampu untuk menyiapkan PhD saya,” katanya.

Ibu kepada tiga anak ini menyatakan ibunya adalah sumber kekuatannya untuk menghabiskan PhD tepat pada waktu.

“Hari-hari ibu bagi semangat. Selain itu suami saya yang sangat memahami dan membantu menguruskan anak-anak semasa sambung PhD.

“Nak dapat kan PhD bukan sesuatu yang mudah. Perjalanan melengkapkan pengajian PhD seseorang adalah berbeza.

Katanya, mental kena kuat, dan percaya ada hari kita dibawah, tapi ada hari kita diatas seperti dirinya sekarang yang sudah bergelar Doktor Falsafah pada usia 28 tahun.-UPM

WXETIAw~