| Universiti Putra Malaysia

FPP UPM anjur program pengucapan puisi, beri pengalaman anjur pementasan puisi

Oleh: Noor Eszereen Juferi

SERDANG, 25 Mei -  Sempena Sambutan Hari Guru, pelajar Tahun Satu Bacelor Pendidikan Bahasa Melayu, Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP), Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan Program Pengucapan Puisi semalam bagi memberi pengalaman kepada pelajar menganjurkan pementasan puisi.

Pensyarah Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan, FPP, UPM, Dr. Shamsuddin Othman berkata, melalui program itu pelajar turut mempelajari pengendalian program secara praktikal.

“Ini adalah untuk pelajar aplikasikan kerana mereka akan bakal berkhidmat sebagai pendidik pengajaran Bahasa Melayu  di masa depan,” katanya.

Prof. Shamsuddin turut memberi kebebasan kepada pelajar  dalam pemilihan puisi yang bertemakan Hari Guru sejajar dengan sambutannya pada 16 Mei.

 

“Para pelajar  telah melakukan pemilihan syair, pantung serta sajak dan kemudiannya menentukan bentuk persembahan yang menarik kepada audien,” katanya.

Beliau berkata, dengan mengaplikasikan cara kreatif dlm mendeklemasikan pantun secara langsung ianya dapat menarik generasi muda dlm puisi Bahasa Melayu.

“Apabila pantun itu dilagukan ianya lebih  mempunyai daya kreatif dalam penyampaian pengajaran Bahasa Melayu  dan merupakan satu inisiatif dalam mempertahankan seni warisan bangsa itu sendiri,” katanya.

Pelajar Master Bahasa Melayu, Saiful Ibrahim Abas Saiful berkata, program itu mencungkil bakat dan keberanian para pelajar dalam program yang melibatkan tokoh sasterawan negara.

“Pelbagai ilmu saya memperoleh mengenai genre puisi yang pelbagai serta memartabatkan profesion golongan pendidik melalui persembahan seni puisi,” katanya.

Sementara itu, program di bawah kursus LHE 3151 Pengajian Puisi Melayu turut dihadiri oleh Sasterawan Negara ke-15, Prof. Datuk Dr. Rahman Shaari, Senator Prof. Datuk Seri Awang Sariyan, Raja Puisi Asia, Roslan Madun, Kopratasa, Sani Sudin dan Dekan FPP, UPM, Prof. Madya Dr. Wan Marzuki Wan Jaafar. - UPM

WXEUTA~