| Universiti Putra Malaysia

Delegasi Institut Pertanian Bogor anjur lawatan ke UPM

 

SERDANG, 27 Januari-  IPB University (Institut Pertanian Bogor) Indonesia mengadakan lawatan ke Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi kerjasama dan hubungan alumni.

Melalui program kerjasama antara UPM dan IPB dalam bidang penyelidikan akan memberi manfaat dan impak yang besar dalam penubuhan pejabat satelit, pertukaran staf dan pelajar, kolaborasi penyelidikan, penganjuran konferensi dan seminar serta memperkukuhkan jaringan dalam pelbagai bidang yang boleh dimanfaatkan bersama komuniti dan juga masyarakat.

Turut hadir, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), YBhg. Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Rektor IPB, Prof. Dr. Arif Satria, Dekan Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar (FHAS), UPM, Prof. Dr. Hazandy Abdul Hamid dan Pengarah Putra Science Park, UPM, Profesor Ir. Dr. Kamarul Arifin Ahmad.- UPM

WXEZMAX~