| Universiti Putra Malaysia

AINAA MUNCUL JUARA HONG KONG SQUASH PSA CHALLENGE CUP 2023

SERDANG, 23 Mac – Atlet Skuasy, Universiti Putra Malaysia (UPM), Ainaa Amani berjaya merangkul juara di Hong Kong Squash PSA Challenge Cup 2023 bagi kategori wanita yang berlangsung pada 15 Mac – 18 Mac 2023 di Hong Kong Cricket Club.

Dalam perlawanan akhir, beliau berjaya  menumpaskan pasukan lawan bagi kategori wanita iaitu Cheng Nga Ching dari Hong Kong dengan keputusan 11-3, 11-5, 11-2

Ainaa memulakan langkah positif dalam kejohanan itu dengan memperolehi kemenangan berturut-turut ke atas pemain utama Korea iaitu Yura Choe dan Kwong Ena dari Hong Kong.

Beliau kemudiannya meneruskan perlawanan dengan menundukkan pilihan ketiga kejohanan iaitu Ching Hei Fung juga dari Hong Kong, keputusan 3-1 pada perlawanan separuh akhir.

Menurut Ainaa, kejuaraan yang dirangkul olehnya sangat bermakna kerana perlawanan itu berlangsung pada hari kelahirannya dan merupakan kemenangan pertama beliau dalam siri jelajah pada tahun 2023.

SXETUA~