| Universiti Putra Malaysia

63 pelajar dari Fakulti Sains dan Teknologi Makanan hasilkan 8 produk makanan

Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin
Foto Oleh: Sabri Omar

 

SERDANG,29 Jun:  Seramai 63 pelajar tahun tiga Bachelor Sains dan Teknologi Makanan (BSTM), Fakulti Sains dan Teknologi Makanan (FSTM), Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menghasilkan 8 produk makanan pada  Hari Pengenalan Produk Baharu 2022  dengan tema “Innovative Solutions to Reduce Food Loss”.

Dekan FSTM, UPM, Prof. Madya. Dr. Anis Shobirin Meor Hussin berkata, Hari Pengenalan Produk Baharu 2022 dianjurkan untuk membangun dan menghasilkan produk baharu yang dipertandingkan oleh 63 orang pelajar.

 

“Pembangunan produk baharu adalah proses menukar idea yang baru kepada produk menarik dan memuaskan hati pengguna-pengguna di pasaran.

“Prototaip-prototaip makanan yang dipersembahkan adalah berasaskan tembikai, tembikai susu, cili dan jagung yang dipersembahkan kepada juri pakar yang dijemput khas dari sektor kerajaan, sektor swasta, dan wakil khas dari Fakulti Sains dan Teknologi Makanan,” katanya.

Tema “Innovative Solutions to Reduce Food Loss” memainkan peranan penting dalam mencapai Matlamat Pembangunan Mampan.

Tambahnya, 8 produk Makanan Baharu yang dipertandingkan iaitu Chili Garlic Margarine, Lado La Tien, Cornpea fries, MaizeMerize Corn Filling, Rockmelon Tea Cube, Rockmelon Chutney Powder, Watermelon Tea Sauce dan Watermelon juice with soymilk. – UPM

SXETJA6~