Panduan Latihan Industri



Panduan Pelaksanaan Latihan Industri

 

Pra Latihan Industri

A. Tanggungjawab Fakulti

  1. Menubuhkan Unit Latihan Industri bagi menyelaras urusan latihan industri.;
  2. Mengenal pasti pelajar yang wajib menjalani latihan industri dan menyediakan pengunjuran pelajar bagi merancang penempatan latihan industri;
  3. Mengemas kini senarai tempat latihan industri dalam Sistem Latihan Industri (eLITS) untuk dijadikan rujukan pelajar;
  4. Menyediakan garis panduan skop latihan bagi memudahkan pihak industri memahami keperluan latihan industri;
  5. Mengadakan taklimat latihan industri kepada pelajar;
  6. Membuat hubungan susulan dengan pihak industri bagi setiap permohonan penempatan latihan industri jika tiada maklum balas diterima dalam tempoh yang ditetapkan;
  7. Memaklumkan kepada pelajar tentang keputusan permohonan penempatan;
  8. Memastikan setiap pelajar mendapat tempat latihan industri yang bersesuaian;
  9. Membantu pelajar mendapatkan penempatan baharu jika permohonan ditolak oleh pihak industri;
  10. Fakulti berhak menolak penempatan latihan industri yang dipilih oleh pelajar atas sebab yang munasabah seperti masalah keselamatan, ketidaksesuaian tempat latihan, kesukaran untuk membuat pemantauan dan rekod lampau syarikat yang tidak memuaskan.

B. Tanggungjawab Pelajar

  1. Menghadiri setiap taklimat berkaitan latihan industri yang diadakan oleh fakulti;
  2. Merujuk kepada Ketua Unit Latihan Industri/Penyelaras Jabatan tentang pilihan tempat latihan industri bagi memastikan kesesuaian tempat dan skop latihan;
  3. Menggunakan Sistem Latihan Industri (eLITS) bagi membuat pilihan penempatan, penyediaan resume dan pengesahan penempatan;
  4. Permohonan penempatan latihan industri dilakukan melalui Fakulti;
  5. Penolakan penempatan selepas menerima surat tawaran penempatan latihan industri dari pihak industri tanpa kebenaran Ketua Unit Latihan Industri Fakulti adalah tidak dibenarkan;
  6. Menyediakan kemudahan sara hidup, penginapan dan pengangkutan sepanjang latihan;
  7. Mendaftar kursus latihan industri dalam Sistem Maklumat Pelajar (SMP) mengikut tempoh yang telah ditetapkan.

 

Pelaksanaan Latihan Industri

A. Tanggungjawab Pelajar

  1. Melapor diri di tempat latihan industri pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan;
  2. Memahami skop kerja yang perlu dilakukan, polisi dan prosedur syarikat, peraturan keselamatan dan perkara-perkara lain yang berkaitan;
  3. Merancang aktiviti sepanjang tempoh latihan industri melalui perbincangan bersama penyelia industri dengan merujuk kepada garis panduan skop latihan yang telah ditetapkan oleh fakulti;
  4. Mematuhi perancangan aktiviti sepanjang tempoh latihan industri yang telah ditetapkan;
  5. Mengembalikan Borang Pengesahan Lapor Diri (OPR/TNC(JINM)/BR01/LI) yang telah disahkan oleh penyelia industri kepada pihak Fakulti;
  6. Melengkapkan buku log tentang aktiviti yang telah dilakukan pada setiap hari/minggu;
  7. Memastikan buku log disemak dan ditandatangani oleh penyelia industri bagi mengesahkan kerja yang telah dilakukan;
  8. Mengambil maklum tarikh lawatan penyeliaan oleh pensyarah pemantau;
  9. Menyediakan laporan untuk dibentangkan kepada pensyarah pemantau (jika perlu);
  10. Menjaga nama baik Universiti dan mematuhi peraturan sepanjang tempoh latihan.

B. Tanggungjawab Fakulti

  1. Memastikan setiap pelajar adalah dilindungi oleh insurans dengan mendapatkan pengesahan daripada pihak Bahagian Hal Ehwal Pelajar;
  2. Membuat perancangan tentang lawatan penyeliaan oleh pensyarah pemantau;
  3. Memaklumkan kepada penyelia industri dan pelajar tentang tarikh lawatan penyeliaan.

 

Pasca Latihan Industri

A. Tanggungjawab Pelajar

  1. Menghantar buku log dan laporan latihan industri (dalam bentuk hardcopy dan/atau softcopy) dalam tempoh yang telah ditetapkan;
  2. Mengadakan pembentangan laporan (jika perlu) mengikut tarikh yang telah ditetapkan;
  3. Mengemukakan dokumen sokongan ketidakhadiran bekerja (contoh: sijil cuti sakit dan borang permohonan cuti yang diluluskan oleh penyelia industri);
  4. Memenuhi semua kriteria penilaian latihan industri bagi memastikan mendapat keputusan yang baik.

B. Tanggungjawab Fakulti

  1. Menetapkan peratusan agihan pemarkahan dan kriteria penilaian latihan industri;
  2. Memaklumkan kriteria penilaian tersebut kepada pelajar, pensyarah pemantau dan penyelia industri;
  3. Memastikan pemberian markah dilaksanakan berdasarkan perkara berikut:                                                               
    • penilaian oleh pegawai/pensyarah pemantau yang dilantik
    • penilaian oleh penyelia industri
    • penilaian berdasarkan laporan, buku log dan pembentangan.
  4. Menyediakan laporan keberkesanan pelaksanaan latihan industri (OPR/TNC(JINM)/BR01/LI) dalam tempoh 4 minggu setelah pelajar tamat menjalani latihan industri.