ENTITI KAMI | Universiti Putra Malaysia
» ENTITI KAMI » Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) bertanggungjawab bagi meningkatkan pembangunan polisi akademik, mempromosikan proses jaminan kualiti, menambahbaik kualiti pengajaran dan pembelajaran, dan bertanggungjawab ke atas perkembangan dan promosi hal ehwal antarabangsa universiti. 


Peranan utama Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) ialah menyediakan kepimpinan dalam mencapai matlamat strategik universiti, terutamanya yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran, termasuk pengayaan pengalaman pelajar dalam menimba ilmu dan pembangunan profesional yang berterusan bagi kakitangan akademik universiti. Peranan utama yang diberikan penekanan adalah pembangunan rangkakerja pendidikan dan polisi yang menyokong matlamat strategik universiti, dan memberi panduan dan sokongan kepada fakulti dan PTJ lain dalam mencapai matlamat berkenaan. 

Portfolio Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) merangkumi 2 bidang utama: 

i. Menyokong dan mempromosikan program akademik 

  • Fakulti
  • Sekolah Pengajian Siswazah
  • Pusat Asasi Sains Pertanian


ii. Meningkatkan Fungsi Sokongan Akademik  

  • Bahagian Kemasukan dan Bahagian Urus Tadbir Akademik
  • Pusat Pembangunan Akademik (CADe)
  • Pusat Pemajuan Kompetensi Bahasa (CALC)
  • Putra International Centre (PIC)

Tanggungjawab utama Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) termasuklah: 

  • Pengurusan operasi harian aktiviti pendidikan termasuk integrasi perancangan fakulti dengan perancangan universiti secara keseluruhan.
  • Perancangan pendidikan dan polisi, termasuk jaminan kualiti pendidikan siswazah dan pasca-siswazah, biasiswa, dan pengurusan dan pembangunan polisi kemasukan.
  • Pengurusan kemasukan ke universiti. Mempromosi proses-proses jaminan kualiti dan memenuhi keperluan ISO.
  • Memantapkan komunikasi dalaman dan sebaran maklumat berkenaan dengan isu pengurusan pendidikan dan polisi.
  • Mengenalpasti isu akademik untuk dipertimbangkan oleh pengurusan universiti secara berterusan
  • Pengurusan proses kajian semula kurikulum.
  • Pengurusan promosi akademik.
  • Pengurusan hal ehwal antarabangsa.
  • Menyediakan penyerahan polisi kepada pihak Kerajaan dan yang berkaitan.

Kakitangan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) terdiri dari:

Prof. Ts. Dr. M. Iqbal Saripan
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) 
Tel : 603-9769 6024 
Email : dvcai@upm.myiqbal@upm.edu.my

Tuan Haji Rosdi Wah
Ketua Pentadbiran Akademik dan Antarabangsa
Tel : 603-9769 6050 
Email : rosdiw@upm.my / rosdiw@upm.edu.my 

Encik Mohd Rezuan M Aspar
Penolong Pendaftar Kanan/Pegawai Khas
Tel : 603-9769 2031  
Email: mohdrezuan@upm.edu.my

Puan Mastura Napis
 
Setiausaha 
Tel : 603-9769 6024 
Email : mastura@upm.edu.my

Puan Norhashimah Hj. Ahmad
Pembantu Tadbir (Perkeranian
dan Operasi)
Tel : 603-9769 6027 
Email: nshimah@upm.edu.my

Puan Norliah Sahri
Pembantu Am Rendah
Tel : 603-9769 6027 

En. Mohd Ridzal Muktar
Pemandu
Tel : 603-9769 6027 

Kemaskini:: 25/07/2019 [hairul_nizam]

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
+603 8948 7273
B1566425412