Panduan Dan Peraturan Kad Mead Plan | Universiti Putra Malaysia
» Panduan dan Peraturan Kad Mead Plan

Panduan dan Peraturan Kad Mead Plan

Pengenalan

  1. Semua pelajar semester pertama akan diberikan Kad MEALPLAN semasa hari pendaftaran atau dalam tempoh Minggu Perkasa Putra.

  2. Program MealPlan telah mula dilaksanakan pada sesi Mei 2002. Untuk melaksanakan program ini UPM akan mendahulukan kepada semua pelajar caruman Kad MEALPLAN bernilai RM425.00 bagi setiap kad yang akan diselaraskan daripada pembayaran yuran. Dari jumlah tersebut sebanyak RM17.50 adalah untuk caj perkhidmatan dan bakinya sebanyak RM407.50 boleh digunakan oleh pelajar untuk membeli makanan di kampus UPM.

 

Penggunaan Kad MEALPLAN

  1. Diwajibkan kepada semua pelajar semester pertama dan kedua sahaja (2 semester).
    * Sila cetak borang dan isikan maklumat diri pada borang pengambilan kad MEALPLAN.

  2. Selepas tamat tempoh 2 semester, pelajar boleh membuat pilihan sama ada terus menggunakan Kad MEALPLAN atau membayar makanan secara tunai.

  3. Bagi pelajar yang masih berminat untuk menggunakan Kad MEALPLAN/ hendak menambah nilai, pelajar boleh menambah nilai di kaunter Kad MEALPLAN. Tambah nilai boleh dibuat melalui transaksi secara online dan offline (CIMB click / Mesin Deposit). Akaun UPM Consultancy & Services Sdn Bhd adalah 8600432958 - selepas transaksi dibuat , pelajar diminta membawa resit ke kaunter MEALPLAN.

  4. Pelajar yang memiliki Kad MEALPLAN boleh menggunakannya di kafetaria yang mempunyai sistem MealPlan (Sila rujuk panduan di sampul meal plan yang diedarkan semasa hari pendaftaran).

  5. Sekiranya nilai sebanyak RM407.50 telah habis digunakan, pelajar boleh membuat tambah nilai mengikut kemampuan sendiri pada kadar minimum RM20.00 di Kaunter Kad MEALPLAN untuk memasukkan nilai ke dalam kad.

  6. Pelajar yang memiliki Kad MEALPLAN perlu menjaga dan menyimpan nombor siri Kad MEALPLAN tersebut dengan selamat untuk mengelakkan dari hilang atau rosak.

 

Penggunaan Kad MEALPLAN

  1. Pengecualian penggunaan Kad MEALPLAN hanya dibenarkan kepada pelajar yang mempunyai sebab-sebab tertentu sahaja iaitu berkahwin atau sakit sahaja;

  2. Pelajar Kampus Bintulu, dan Asasi Sains tidak terlibat dalam penggunaan Kad MEALPLAN.

  3. Permohonan pengecualian hanya boleh dibuat dalam tempoh seminggu selepas tamat Minggu Perkasa Putra dan boleh dibuat melalui UPM Holdings.

  4. Pelajar boleh menyemak baki kad / transaksi perbelanjaan melalui laman sesawang ini .

 

Aduan Mengenai Kad MEALPLAN

  1. Sebarang aduan seperti kehilangan atau kerosakan Kad MEALPLAN perlu dilaporkan segera kepada Kaunter kad MEALPLAN.

  2. Bagi setiap Kad MEALPLAN yang hilang atau rosak, UPM Holdings akan menggantikannya dengan kad yang baru dan pelajar perlu membayar sebanyak RM 20.00 ke kaunter kad MEALPLAN untuk mendapatkannya.

  3. Pelajar yang menjumpai Kad MEALPLAN yang tercicir, hendaklah bekerjasama dan mengembalikan Kad MEALPLAN tersebut kepada UPMHoldings.

  4. Jika pelajar mempunyai masalah mengenai Kad MEALPLAN, sila hubungi:

    Kaunter Kad MEALPLAN
    UPM Consultancy & Services Sdn Bhd
    Tingkat 1, Dewan Banquet
    43400, UPM, Serdang
    Selangor Darul Ehsan

    Pn Nurhayati Baharudin/Cik Wan Mahsuri
    Tel : 03 – 8946 1160
    Faks : 03 – 8947 1161
    Email : upmhmealplan@gmail.com 

 Muat Turun Borang MEALPLAN

 

Kemaskini:: 17/08/2017 [hairul_nizam]

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
---
CVBZPAO:15:46