Konvokesyen merupakan majlis rasmi Universiti yang gemilang dengan istiadat dan amat bermakna kepada setiap pelajar. Ia merupakan majlis penganugerahan ijazah akademik dari Universiti kepada pelajar yang telah menamatkan pengajiannya. UPM telah mengeluarkan graduan pertama pada Majlis Konvokesyen pertamanya iaitu pada 30 Julai 1977.
UPM juga telah berjaya mencipta sejarah dalam Konvokesyen Universiti Awam kerana mengeluarkan graduan PhD paling ramai di Malaysia. Pada tahun 2010, UPM sekali lagi berjaya membuktikan kesungguhan dalam bidang penyelidikan.
Maklumat lanjut, sila klik di sini untuk melayari laman web Majlis Konvokesyen.
Kemaskini:: 28/12/2022 [hairul_nizam] Kemaskini:: 12/06/2013 [hairul_nizam]
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA