Anugerah dan Pencapaian 2018

ANUGERAH 2018

1.       

ANUGERAH MERDEKA

Prof. Dr. Mohd Hair Bejo, Dekan Fakulti Perubatan Veterinar dipilih sebagai penerima Anugerah Merdeka 2018 bagi kategori Kesihatan, Sains dan Teknologi atas sumbangan kepakaran kepada rakyat, negara dan global melalui penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan vaksin penyakit ayam, iaitu merawat penyakit Gumboro yang memberi manfaat kepada industri ayam di Malaysia dan antarabangsa.

 

Kejayaan Prof Hair adalah pengiktirafan negara yang amat besar ertinya kepada pencapaian dan sumbangan ahli akademik UPM, dan sekali gus ia merupakan kejayaan kedua UPM dalam Anugerah Merdeka apabila Prof. Datin Paduka Dr. Khatijah Mohd Yusoff, profesor di Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul menjadi pegawai akademik pertama UPM dipilih sebagai penerima Anugerah Merdeka dalam kategori yang sama pada tahun 2015.

2.       

ANUGERAH AKADEMIK NEGARA

Prof Madya Dr Wan Zuhanis Saad daripada Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul telah dipilih sebagai penerima Anugerah Pengajaran (Kelompok Sains Tulen) dalam Majlis Anugerah Akademik Negara (AAN) yang ke-12.

 

Ahli akademik UPM pernah diberi pengiktirafan tertinggi sebagai penerima ANUGERAH TOKOH AKADEMIK NEGARA melalui Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Syed Jalaludin Syed Salim (2007), Prof. Emeritus Tan Sri Datuk Dr. Haji Omar Abdul Rahman (2010), Prof. Emeritus Datuk Dr. Abdul Latif Ibrahim (2012) dan Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Mohd. Rashdan Baba (2013).

3.       

ANUGERAH HARTA INTELEK NEGARA

Universiti Putra Malaysia (UPM) telah memenangi pingat emas Anugerah Harta Intelek Negara 2018 (AHIN2018) untuk Kategori Organisasi (Pengurusan Harta Intelek Terbaik) dan sekali gus mengekalkan kecemerlangannya memenangi anugerah ini buat kali keenam bagi kategori yang sama sejak tahun 2008.

 

Selain anugerah tersebut, UPM juga berjaya meraih pingat emas bagi kategori Paten untuk inovasi Remdii Sensitive yang mampu melegakan simptom ekzema hasil penyelidikan yang diketuai oleh Prof. Dr.  Lai Oi Ming dari Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul.

4.       

ANUGERAH KECEMERLANGAN HALAL

Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH) Universiti Putra Malaysia (UPM) telah dipilih sebagai penerima anugerah Penyelidikan dan Sains Halal pada majlis Anugerah Kecemerlangan Halal 2018 sempena World Halal Week 2018 (WHW)

5.       

RESEARCH AND INNOVATION EXCELLENCE AWARD

UPM dipilih oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai penerima anugerah ‘Research and Innovation Excellence Award’ pada majlis Malaysia’s Research Star Award (MRSA) & Pengiktirafan Jurnal CREAM (Current Research Malaysia) 2018. Tiga pensyarah UPM turut menerima pengiktirafan apabila dianugerahkan Malaysia’s Research Star Award (MRSA), iaitu Prof. Dr. Amin Ismail dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan; Prof. Ir. Dr. Mohd Sapuan Salit dari Fakulti Kejuruteraan; dan Prof. Dr. Taufiq Yap Yun Hin dari Fakulti Sains.

6.       

UI-GREENMETRIC WORLD UNIVERSITY RANKING

UPM mencatat sejarah negara apabila tersenarai pada kedudukan ke-32 terbaik dunia, ketiga Asia, dan kedua di Asia Tenggara dalam penarafan UI-Greenmetric World University Ranking 2018. UPM mengekalkan kedudukan pertama di Malaysia selama sembilan tahun berturut-turut sejak ranking itu diperkenalkan pada tahun 2010.

 

7.       

QS WORLD UNIVERSITY RANKINGS

UPM memperkukuhkan ranking ke-202 universiti terbaik dunia dalam Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings 2018/2019 dan membuat lonjakan 27 tangga berbanding dengan kedudukan 229 pada tahun sebelumnya, iaitu kenaikan sebanyak 209 dalam tempoh lima tahun berturut-turut sejak tahun 2014.

8.       

QS WORLD UNIVERSITY RANKINGS BY SUBJECT

Sebanyak 14 subjek UPM berada pada kedudukan 200 terbaik dalam QS World University Rankings by Subject 2018. UPM juga mengekalkan kedudukan 100 terbaik dunia dalam subjek Pertanian dan Perhutanan selama enam tahun berturut-turut dan subjek Kejuruteraan – Kimia berjaya mengekalkan kedudukan 100 terbaik dunia buat dua tahun berturut-turut. Selain itu, 23 subjek UPM juga disenaraikan dalam 400 terbaik dunia. UPM juga berjaya membuat peningkatan ranking apabila tersenarai dalam kalangan 100 universiti terbaik dunia untuk dua kluster bidang pengajian (Broad Subject Areas), iaitu bidang Engineering & Technology serta Social Sciences & Management.

 

9.       

QS ASIA UNIVERSITY RANKING

UPM berjaya mempertahankan kedudukannya sebagai ranking kedua di Malaysia selama tiga tahun berturut-turut apabila mengukuhkan kedudukan ke-34 universiti terbaik di Asia dalam ‘QS Asia University Ranking 2019’ dengan membuat lonjakan 2 anak tangga berbanding dengan kedudukan ke-36 pada tahun 2018.

 

10.   

UNIRANK WORLD UNIVERSITY RANKING

UPM menduduki ranking kedua Malaysia, tempat ke-7 di Asia Tenggara, ke-87 di Asia dan ke-625 dunia dalam ‘UniRank World University Ranking’.

11.   

THE EMERGING ECONOMIES RANKINGS

THE Emerging Economies Rankings 2018 telah menyenaraikan UPM berada pada ranking ke-108 dalam kalangan 350 universiti terbaik daripada 50 buah negara membangun yang dikategori sebagai negara “advanced emerging”, “secondary emerging” atau “frontier” oleh FSTE.

12.   

WEBOMETRICS

UPM berjaya memperbaiki kedudukannya dalam Webometrics (Ranking of Web Universities) apabila berada pada tempat ketiga di Malaysia (ranking 618 di dunia) dalam Webometrics Edisi Julai 2018 berbanding dengan keempat (636 di dunia) pada edisi Januari 2018.

13.   

ISSAAS MATSUDA AWARD

Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris, Naib Canselor UPM telah dipilih sebagai penerima anugerah 2018 ISSAAS Matsuda Award atas sumbangan cemerlang beliau terhadap kemajuan sains, penyelidikan dan latihan dalam pembangunan pertanian di rantau Asia Tenggara, terutamanya melalui kepakaran beliau dalam bidang avian health.

14.   

WIAL COACH EXCELLENCE AWARD

Prof. Madya Dr. Sridar Ramachandran daripada Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UPM telah dipilih oleh Jawatankuasa World Institute for Action Learning (WIAL) Global Awards Committee sebagai penerima anugerah 2018 WIAL Coach Excellence Award.

15.   

Ordine della Stella D'Italia, l'onorificenza Cavaliere

Puan Ang Mei Foong, pensyarah Jabatan Muzik, Fakulti Ekologi Manusia (FEM), UPM telah dipilih sebagai penerima anugerah ‘Ordine della Stella D'Italia, l'onorificenza Cavaliere’ (The Order of Star of Italy, with the conferment of Knighthood) melalui sijil anugerah yang ditandatangani oleh Presiden Itali. Anugerah tersebut disampaikan oleh Duta Besar Itali ke Malaysia, iaitu Christiano Maggipinto dan penerimaan anugerah itu melayakkan beliau menerima gelaran "Cavaliere" (Cav.) dalam urusan rasmi pada peringkat antarabangsa.

16.   

KANS SCIENTIFIC COMPETITION

Prof. Madya Dr. Abdul Rahim Abdul Samad pensyarah Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UPM berjaya memenangi hadiah pertama dalam pertandingan saintifik Knowledge Application and Notion for Society (KANS) untuk Kategori Ekonomi. Jawatankuasa saintifik pertandingan KANS juga telah menganugerahkan Diploma Kehormat kepada Prof. Madya Ir. Dr. Wan Azlina Wan Abdul Karim Ghani dari Fakulti Kejuruteraan dan Prof. Madya Dr. Sarva Mangala Praveena dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan atas kecemerlangan mereka bertugas luar negara

17.   

THE MALASPINA INTERNATIONAL SCHOLAR TRAVEL (MIST) AWARD

Prof. Madya Dr. Barakatun Nisak Mohd Yusof, pensyarah Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM telah dipilih oleh Malaspina International Scholar Travel (MIST) Award Selection Committee sebagai salah seorang daripada enam penerima 2019 MIST Awards seluruh dunia yang mewakili rantau Malaysia dan South East Asia ILSI (International Life Science Institute).

18.   

ASEAN-US: SCIENCEPRIZE FOR WOMEN 2018

Prof. Madya Dr. Samsuzana Abd Aziz, pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Biologi dan Pertanian, Fakulti Kejuruteraan UPM telah dipilih oleh Nicole Fox daripada U.S. Embassy di Filipina, Ryan Washburn daripada USAID Indonesia, Anne Bonhoff daripada Underwriters Laboratories (UL) dan Elaine Tan daripada ASEAN Foundation untuk menerima anugerah ASEAN-US SciencePrize for Women 2018.

19.   

DISTINGUISHED WOMAN IN HUMANITIES AND SOCIAL SCIENCES FOR THE CONTRIBUTION AND ACHIEVEMENT IN THE FIELD OF HUMAN RESOURCE DEVELOPMENT

Prof. Madya Dr. Roziah Mohd Rasdi, iaitu Ketua Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan, Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM telah dipilih sebagai penerima anugerah Distinguished Woman in Humanities and Social Sciences for the Contribution and Achievement in the Field of Human Resource Development daripada Centre for Advanced Research and Design, Venus International Foundation, India.

20.   

INTERNATIONAL ASSOCIATION FOR COMMUNITY DEVELOPMENT (IACD)

Prof. Madya Dr. Asnarulkhadi Abu Samah, iaitu Pengarah, Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS) UPM, dan juga Prof. Madya di Fakulti Ekologi Manusia telah dilantik sebagai Pengarah International Association for Community Development (IACD) untuk Asia Tenggara.

21.   

INTERNATIONAL INVENTION & INNOVATION EXHIBITION

Prof Madya Dr. Mohamad Amran Mohd Salleh dan Prof. Dr. Azni Idris daripada Fakulti Kejuruteraan UPM telah memenangi pingat Emas di 29th International Invention & Innovation Exhibition 2018 (ITEX 2018) KL Convention Centre untuk teknologi Biomass Microwave Carbonizer (BMC). Selain itu, penyelidik UPM juga berjaya meraih pingat perak dan gangsa pada ITEX 2018, iaitu:

 

Pingat Perak    :  Dr. Ermira Junita Abdullah, Fakulti Kejuruteraan - A Door Lock System

 

Dr. Siti Nurbaya Oslan, Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul - A Quick and Reliable Yeast Expression Host for Industrial Use

 

Pingat Gangsa :  Prof. Madya Dr. Janet Lim Hong Ngee, Fakulti Sains - Smart Solar Power Bank with Supercapacitor & Battery Integration

22.   

FELO AKADEMI SAINS MALAYSIA

Empat pensyarah UPM dianugerahkan ‘Felo Akademi Sains Malaysia (ASM) 2018’, iaitu Profesor Dato’ Dr. Mohd. Yazid Abd. Manap FASc (Fakulti Sains dan Teknologi Makanan) dan Prof. Dr. Paridah Md. Tahir FASc (Fakulti Perhutanan) untuk bidang Biologi, Pertanian dan Sains Alam Sekitar, dan Prof. Dr. Mansor Ahmad FASc (Fakulti Sains) dalam bidang Sains Kimia, dan Prof. Dr. Mohd. Adzir Mahdi FASc (Fakulti Kejuruteraan) bagi bidang Sains Kejuruteraan.

23.   

TOP RESEARCH SCIENTISTS MALAYSIA (TRSM)

Lima pegawai akademik UPM telah diiktiraf oleh Akademi Sains Malaysia sebagai Top Research Scientists Malaysia (TRSM) 2018, iaitu Prof. Dr. Abdul Rashid Mohamed Shariff dan Prof. Madya Ir Dr Aduwati Sali (kedua-duanya dari Fakulti Kejuruteraan); Prof. Dr. Ahmad Zaharin Aris (Fakulti Pengajian Alam Sekitar); Prof. Dr. Rozita Rosli (Laboratori Penyelidikan Kanser UPM – MAKNA, Institut Biosains); dan Prof. Dr. Suraini Abd Aziz (Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul).

24.   

ANUGERAH TAHUN PENGKOMERSIALAN MALAYSIA (MCY) 2018

Prof Madya Dr Janet Lim Hong Ngee, penyelidik daripada Institut Teknologi Maju (ITMA) UPM telah memenangi anugerah utama Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY) 2018, menerusi produk Versatile Graphene.

25.   

MALAYSIAN LIVESTOCK INDUSTRY AWARD

Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris, Naib Canselor, UPM, telah dipilih sebagai penerima Anugerah ‘Lifetime Achievement – Academic & Veterinarian’ dalam Malaysian Livestock Industry Award 2018.

26.   

ANUGERAH MENGENANG JASA PERSATUAN VETERINAR MALAYSIA

Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris, Naib Canselor UPM telah dipilih oleh Persatuan Veterinar Malaysia (VAM) sebagai penerima Anugerah Mengenang Jasa (AMJ) 2018.

 

27.   

PEOPLE’S CHOICE AWARD : ASIA-PACIFIC 3MT COMPETITION

Yasmin Mustapha Kamal, pelajar PhD di Fakulti Kejuruteraan UPM telah memenangi People’s Choice Award dalam The 2018 Asia-Pacific 3MT Competition, Brisbane, Australia.

28.   

PERTANDINGAN PROJEK PENYELIDIKAN INOVASI NANOTEKNOLOGI KEBANGSAAN

Izwaharyanie Ibrahim, pelajar PhD UPM muncul juara kategori Doktor Falsafah dalam Pertandingan Projek Penyelidikan Inovasi Nanoteknologi Kebangsaan (PIN'18) melalui projek bertajuk "Modification of Three-Dimensional Printed Electrode with Cellulose Acetate Beads Infused with Cadmium Sulphide Nanoparticles and Graphene for Dual-functional Photo Electrochemical Sensor-adsorbent of Copper (II) Ions".

29.   

KEJOHANAN TERJUN SIRI DUNIA FINA, MONTREAL, KANADA

Cheong Jun Hoong, iaitu atlet penerjun negara yang juga pelajar UPM dan Pandelela Rinong menyumbang pingat emas dalam acara 10m platform seirama di Kejohanan Terjun Siri Dunia FINA yang berlangsung di Montreal, Kanada.

30.   

SUKAN KOMANWEL GOLD COAST

Sebanyak 27 atlet pelajar UPM terpilih mewakili Malaysia ke Sukan Komanwel Gold Coast 2018 yang beraksi dalam sukan hoki lelaki, menembak, olahraga, ragbi 7 sebelah, hoki wanita dan terjun. Sukan Komanwel 2018 menyaksikan Cheong Jun Hoong, atlet penerjun negara yang juga pelajar UPM bergandingan dengan Pandelela Rinong telah menghadiahkan pingat emas kepada negara apabila memenangi acara 10m platform wanita seirama,  dan satu lagi pasangan negara Leong Mun Yee (atlet pelajar UPM) - Nur Dhabitah Sabri berjaya meraih dua pingat gangsa menerusi acara 3m papan anjal seirama.

31.   

WORLD UNIVERSITY SHOOTING CHAMPIONSHIP

Siau Cuili, pelajar Bacelor Sains (Pembangunan Sumber Manusia), Fakulti Pengajian Pendidikan UPM meraih pingat gangsa dalam kategori 10m Air Pistol Women Team di Kejohanan World University Shooting Championship (WUSC) Kuala Lumpur 2018.

32.   

ANUGERAH SUKAN NEGARA

Cheong Jun Hoong, pelajar Bacelor Komunikasi, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM telah dinobatkan sebagai Olahragawati Kebangsaan, Anugerah Sukan Negara 2017 (ASN).

33.   

KEJUARAAN RAGBI ASIA (ARC)

Enam pemain Ragbi UPM Serdang Angels dipilih menyertai Pasukan Ragbi 15's negara dalam persaingan Liga Premier Kejuaraan Ragbi Asia (ARC) 2018

34.   

KEJOHANAN TAEKWONDO ANTARABANGSA TIRAK KE-8

Steffano Atom Stephen, pelajar program Diploma Perhutanan, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu berjaya meraih dua pingat emas dan satu gangsa dalam Kejohanan Taekwondo Antarabangsa Tirak ke-8 di John Paul II Sports Center, University Suvarnabhumi Campus Bangkok, Thailand. Beliau memenangi pingat emas untuk kategori Mix Pair Poomsae, Team Poomsae dan pingat gangsa kategori Individual Poomsae.

 

35.   

KEJOHANAN OLAHRAGA & RENANG MASUM

Pasukan Olahraga UPM meneruskan dominasi kecemerlangan dalam sukan Olahraga IPT setelah mengekalkan status Johan keseluruhan bagi Kejohanan Olahraga & Renang MASUM 2018 dengan meraih 33 pingat, iaitu 20 emas, 7 perak dan 6 gangsa.

36.   

SUKAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI (SUKIPT)

UPM menjuarai Kejohanan Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2018 buat kali kedua sejak menjuarai edisi sulung SUKIPT pada tahun 2012 apabila secara keseluruhannya berjaya mengumpul 118 pingat, iaitu 42 emas, 41 perak dan 33 gangsa.

 

UPM juga melalui atlet renang, Angela Chieng Chui Fei telah dinobatkan sebagai Olahragawati SUKIPT 2018, dan pasukan bola jaring UPM dipilih sebagai penerima Anugerah Pasukan Wanita Terbaik.

37.   

KARNIVAL FUTSAL WANITA IPT

UPM dinobatkan sebagai juara Karnival Futsal Wanita IPT 2018 dan dinobatkan sebagai penjaring terbanyak menerusi kecemerlangan pemain berbakat, Nurul Shafizan Amran.

38.   

MELAKA 7S – KEJOHANAN RAGBI PIALA KETUA MENTERI MELAKA

Pasukan Ragbi UPM “Serdang Angel” berjaya menjulang piala Ketua Menteri Melaka apabila menjuarai ragbi Melaka 7s

39.   

FESTIVAL SUKAN PENDIDIKAN TINGGI

UPM dinobatkan sebagai Juara Edisi Pertama Festival Sukan Pendidikan Pengajian Tinggi (HESF) 2018 apabila berjaya membawa pulang 36 emas, 23 perak dan 16 gangsa, melalui 5 acara yang dipertandingkan, iaitu olahraga, renang, petanque, ping pong dan golf. 

40.   

RAGBI SUPER 8 IPT

Pasukan ragbi UPM, Serdang Angels mempertahankan Kejohanan Ragbi Super 8 IPT 2018 apabila berjaya merangkul gelaran juara untuk kali kelima berturut-turut semenjak kejohanan itu diperkenalkan pada 2015. Pemain UPM Serdang Angels, Mohamad Khairil Abdillah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan akhir, Mohamad Syarif Saiful Azwan Sudin sebagai Pemain ‘Forward’ Terbaik perlawanan akhir, manakala Faat Hor Rozi Ismail sebagai Pemain ‘Backline’ Terbaik perlawanan akhir.

41.   

PERTANDINGAN DEBAT DIRAJA

Pasukan Debat Bahasa Melayu UPM telah dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Debat DiRaja 2018. UPM juga dinobatkan sebagai Pendebat Terbaik pertandingan akhir menerusi Saudari P. Pavithra.

42.   

MALAYSIAN THREE MINUTE THESIS (3MT)

Yasmin Mustapha Kamil pelajar Fakulti Kejuruteraan telah memenangi tempat pertama dan juga memenangi kategori “Best of the Best” dalam pertandingan Malaysian Three Minute Thesis (3MT) 2018 untuk kategori kejuruteraan.

43.   

MALAYA MAKERTHON

Pelajar Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Alam Sekitar, Fakulti Kejuruteraan, Lew Pei Sze  memenangi hadiah pertama bersama kumpulannya yang diberi nama ‘Fusion’ pada pertandingan Malaya Makerthon 2018.

44.   

FESTIVAL ZAPIN MAJLIS KEBUDAYAAN UNIVERSITI-UNIVERSITI MALAYSIA (MAKUM)

Kumpulan Tarian dari Kelab Senitari ADIMASTULI telah mengharumkan nama UPM apabila dinobatkan sebagai Juara dan Anugerah Penataan Terbaik, Festival Zapin Majlis Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia (MAKUM) 2018.

45.   

BEST ACCOUNTING GRADUATE

Hazeeqah Nadiah Mohamad Hamsan, graduan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan telah dipilih oleh MICPA (The Malaysian Institute of Certified Public Accountants) untuk menerima anugerah bagi kategori Excellence Award for Best Accounting Graduate 2017 (Universiti Putra Malaysia).

46.   

PERTANDINGAN TOWER CRANE

Pasukan Putra Tower yang terdiri daripada pelajar tahun pertama Jabatan Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan, UPM, memenangi tempat ketiga dalam Pertandingan Tower Crane 2018.

47.   

MONSTAR AWARD

Wong Shy Kit, pelajar Fakulti Kejuruteraan UPM terpilih dalam senarai Top 10 KOL (Key Opinion Leaders) Award dan Ong Kai Jing dari Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, dan Lee Rick Kit dari Fakulti Kejuruteraan Anugerah disenaraikan dalam KOL 50 Top pada majlis MonStar Awards 2018.

48.   

DANA ENDOWMEN WESTSTAR GROUP UNTUK KEJURUTERAAN AEROANGKASA

Pengarah Urusan Kumpulan Weststar Group, Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim menyumbangkan dana endowmen bernilai RM1 juta kepada UPM  bagi memperkukuhkan kerjasama dalam inovasi bidang Kejuruteraan Aeroangkasa dan lain-lain bidang yang strategik melalui majlis menandatangani memorandum perjanjian (MoA) pemberian dana Endowmen Tan Sri Syed Ibrahim-UPM

49.   

PENGHARGAAN LEMBAGA ZAKAT SELANGOR

UPM yang juga penolong amil institusi pengajian tinggi Lembaga Zakat Selangor dipilih sebagai penerima Anugerah Khas Muaz Bin Jabar pada Majlis Penghargaan Lembaga Zakat Selangor 2017.

50.   

KARNIVAL INOVASI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

UPM berjaya meraih tiga pingat emas, empat perak dan lima gangsa di Karnival Inovasi Pengajaran & Pembelajaran UKM 2018 (K-NOVASI P&P 2018).

51.   

ANUGERAH MAPIM-KPT

UPM melalui Penerbit UPM menggondol tiga daripada 11 anugerah yang dipertandingkan dalam enam kategori di Majlis Anugerah Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM-KPT) 2017, iaitu kategori Flora & Fauna, kategori Undang-Undang Awam dan kategori Reka Bentuk Terbaik.

 

52.   

ANUGERAH KHAS MA’AL HIJRAH

Prof. Dr. Taufiq Yap Yun Hin, profesor di Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia, dipilih sebagai penerima Anugerah Khas Ma’al Hijrah (Pendakwah) 1440H/2018M peringkat Wilayah Persekutuan.

53.   

ANUGERAH ARTIKEL PENYELIDIKAN TERBAIK YOURS

Dr. Mohd Mursyid Arshad dari Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan, Fakulti Pengajian Pendidikan berjaya merangkul Anugerah Artikel Penyelidikan Terbaik dalam Seminar Penyelidikan Belia Kebangsaan 2018 (YOURS 2018)

54.   

ANUGERAH TOKOH AKADEMIK BAHASA MELAYU

Prof. Madya Dr. Vijayaletchumy Subramaniam daripada Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi telah dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu sempena Kempen Bulan Bahasa Kebangsaan anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia.

55.   

DARJAH KEBESARAN NEGERI SEMBILAN

Prof. Dr. Shamala K. Subramaniam, Pengarah Akademi Sukan dan juga pensyarah di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat UPM serta merangkap Timbalan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia telah dipilih sebagai penerima Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) yang membawa gelaran Dato’ sempena Hari Keputeraan Ke-70 Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

56.   

DARJAH KEBESARAN NEGERI KELANTAN

YM Prof. Dr. Tengku Aizan Tengku Abdul Hamid, Pengarah Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia yang juga Profesor di Fakulti Ekologi Manusia telah dikurniakan Ahli Yang Kedua (Dato’ Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (D.P.S.K) yang membawa gelaran Dato’ sempena Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Muhammad V ke-49.

57.   

DARJAH KEBESARAN NEGERI SELANGOR

Sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-73 Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj,  YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Lim Ah Lek, Pro Canselor UPM telah dikurniakan darjah kebesaran Dato’ Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S) (Kelas Pertama) yang membawa gelaran “Dato’ Setia”, YBhg. Prof. Dr. Mohd Hair Bejo, Dekan Fakulti Perubatan Veterinar, UPM telah dikurniakan darjah kebesaran Dato’-Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S) yang membawa gelaran “ Dato’ ” dan YBhg. Prof. Dr. Mohd Ali Hassan, Ahli Lembaga Pengarah UPM dan juga Profesor di Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul, UPM telah dikurniakan darjah kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S) yang membawa gelaran “ Dato’ ”. 

58.   

THE GOLDEN GLOBE TIGERS AWARD

Prof. Dr. Zainal Abidin Talib, Profesor bidang Fizik, Jabatan Fizik, Fakulti Sains UPM telah dianugerahkan The Golden Globe Tigers Award 2018 kategori ‘Education Leadership – The Best Professor In Science’ sempena Malaysia Best Employer Brand Award oleh Malaysia Institute of Human Resource Management (MIHRM).

59.   

KONVENSYEN TEAM EXCELLENCE PERINGKAT WILAYAH TENGAH (RTEx)

Pusat Kesihatan Universiti (PKU) dan Taman Pertanian Universiti, UPM telah berjaya merangkul Anugerah Emas pada Konvensyen Team Excellence Peringkat Wilayah Tengah (RTEx) 2018

60.   

QUEEN’S YOUNG LEADERS AWARD

Alumni Universiti Putra Malaysia (UPM), Wen Shin Chia merakam detik sejarah dan menjulang nama UPM apabila dipilih menerima Queen’s Young Leaders Award daripada Her Majesty Queen Elizabeth II di Istana Buckingham, London.

61.   

KEJOHANAN SUKAN ASIA

Sebanyak 33 atlet UPM mewakili Malaysia di temasya Sukan Asia 2018 yang akan diadakan di Palembang, Indonesia.

62.   

OLAHRAGAWATI MASUM 2017

Cheong Jun Hoong atlet pelajar UPM telah dinobatkan sebagai pemenang Olahragawati MASUM bagi tahun 2017.

63.   

KEJOHANAN SUKAN ASEAN UNIVERSITY GAMES

Sebanyak 54 atlet UPM, iaitu kumpulan atlet yang paling ramai menyertai kontinjen Malaysia untuk menggalas cabaran negara dalam Kejohanan Sukan ASEAN University Games 2018 di Myanmar.

64.   

LIGA HOKI SELANGOR

Pasukan Hoki Lelaki UPM atau dikenali dengan nama brotherstick_upm telah melakarkan kejayaan gemilang dalam penampilan kali pertama saingan Liga Hoki Selangor apabila berjaya menjulang kejuaraan liga dan juara piala Hoki Selangor bagi tahun 2018.

65.   

KEJOHANAN RAGBI 7’S ISKANDAR PUTERI

UPM Serdang Angels dinobatkan sebagai johan Cup Kejohanan Ragbi 7’s Iskandar Puteri 2018 dan pasukan Ragbi wanita UPM (UPM Angels) pula telah dinobatklan sebagai Naib Johan bagi kategori Plate dalam kejohanan yang sama.

66.   

KEJOHANAN MEMANAH TERBUKA UNIVESRITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UniSZA)

Skuad Memanah UPM cemerlang dalam kejohanan Memanah Terbuka Univesriti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bagi tahun 2018 apabila dinobatkan sebagai juara keseluruhan kejohanan dengan pungutan pingat sebanyak 4 pingat emas dan 3 pingat gangsa.

67.   

ANUGERAH BUKU NEGARA

Buku UPM berjudul Tumbuhan Ubatan Terpilih : Pembiakan Melalui Teknik Kultur Tisu telah memenangi Anugerah Buku Negara 2018, Kategori Buku Umum Terbaik (Kategori Bioteknologi) yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

68.   

PERTANDINGAN BINTANG P.RAMLEE MAKUM

Dua pelajar UPM, iaitu Saudara Mohammad Izzuddin Rosli dari Kolej 14 dan Saudari Mazdiayana Mazlan yang juga dari K14 telah dinobatkan sebagai Johan dan Persembahan Terbaik Pertandingan Bintang P.Ramlee Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia MAKUM 2018.

69.   

PERTANDINGAN NASYID TERBUKA UIAM & PERTANDINGAN DAKWAH MELALUI LIRIK NASYID PERINGKAT NEGERI SELANGOR

PutraNahwan berjaya memenangi Naib Johan dalam dua pertandingan, iaitu  pertandingan Nasyid Terbuka Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, pertandingan Dakwah Melalui Lirik Nasyid Peringkat Negeri Selangor.

70.   

PERTANDINGAN NASYID PERINGKAT DAERAH PETALING SELANGOR

Kumpulan PutraNahwan dari Kelab Nasyid Nahwan Nur UPM dinobatkan sebagai Johan pertandingan nasyid peringkat Daerah Petaling Selangor 2018

71.   

ANUGERAH KHAS YB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA: REKABENTUK KURIKULUM DAN PENYAMPAIAN INOVATIF (AKRI 2018)

Encik Johan Ismail, Pensyarah Fakulti Sains Pertanian dan Makanan, UPM Kampus Bintulu Sarawak telah dianugerahkan naib johan bagi kategori Anugerah Pengajaran Transformatif Tanpa Syarahan, Anugerah Khas YB Menteri Pendidikan Malaysia: Reka Bentuk Kurikulum & Penyampaian Inovatif 2018 (AKRI2018).

72.   

NEW ACADEMIA LEARNING INNOVATION (NALI)

Pensyarah Fakulti Pertanian, Dr. Chong Chou Min bersama beberapa pegawai akademik UPM telah memenangi pingat emas di dalam New Academia Learning Innovation (NALI) 2018.

73.   

INTERNATIONAL UNIVERSITY CARNIVAL ON E-LEARNING (IUCEL)

UPM berjaya meraih dua pingat emas, 12 perak dan 23 gangsa di International University Carnival E-Learning (IUCEL) 2018.