Paintball



Perkhidmatan sukan Paintball yang ditawarkan adalah dari jenis Speedball

UPM turut memperkenalkan permainan sukan Paintball sebagai satu tarikan beriadah melalui Fakulti Perhutanan.  Perkhidmatan sukan paintball yang ditawarkan adalah dari jenis speedball  iaitu bermain di dalam padang yang telah ditetapkan. Sukan ini boleh dimainkan oleh 4 ,6 atau 10 orang dalam satu-satu masa serta dikendalikan oleh staf dan pelajar yang berkemahiran dari  Fakulti Perhutanan.

Lokasi sukan paintball ini terletak di Kompartmen 15 Hutan Simpan Ayer Hitam yang terletak lebih kurang 23 kilometer daripada UPM, Serdang, Selangor dan 45 kilometer dari Kuala Lumpur.

Hutan Simpan Ayer Hitam merupakan kawasan untuk aktiviti pendidikan, penyelidikan dan pengembangan perhutanan. Bagi meningkatkan lagi aktiviti pendidikan dan pengembangan di Hutan Simpan Ayer Hitam, Fakulti Perhutanan menyediakan kemudahan asas bagi pengenalan sukan paintball di Hutan Simpan Ayer Hitam.

Waktu operasi adalah 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Sukan paintball ini hanya dihadkan kepada staf dan pelajar UPM sahaja. Mereka yang ingin menggunakan perkhidmatan ini hanya perlu membayar kos pakej pallet yang akan ditentukan mengikut keperluan peserta. Bagi mendapatkan perkhidmatan ini, surat permohonan rasmi perlu dihantar kepada Dekan Fakulti Perhutanan.

Maklumat lanjut. sila hubungi :-

  • En. Abd Jalal Aman
  • 03-89477182