| Universiti Putra Malaysia

Young Scientist Day pupuk minat pelajar sekolah dalam bidang sains

Oleh Noor Eszereen Juferi
Foto oleh Marina Ismail


SERDANG,  27 Mei (UPM) -  Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Universiti Putra Malaysia (UPM) anjur program Young Scientist Day (atau Hari Saintis Muda) bagi memupuk minat 350 pelajar sekolah yang diundang khas ke majlis itu pada 27 Mei 201.

Majlis itu juga bertujuan mempromosikan Muzium Anatomi Manusia UPM yang terletak di fakulti itu.

Pengarah program, Dr. Sandra Maniam berkata program yang julung kali diadakan itu akan memanfaatkan pelajar sekolah dalam mempelajari bidang sains menerokai prinsip saintifik dalam badan manusia  dengan cara yang menyeronokkan. 

“Pada program kali ini, kami telah menekankan pada fungsi badan manusia dengan mengadakan aktiviti melibatkan deria, bau dan juga penyelarasan badan dan saya berharap pelajar akan mengenal pasti perkara menarik tentang sains,” katanya.



Program yang berlangsung pada 27 Mei lalu turut mengadakan aktiviti hands on antaranya skeletal dance, lava lamp, candle lit energy, exploring your body with a Dino eye; how to make natural room/home air freshener; puzzle of bones; origami; balloon rocket; floating ping pong; H2O Rocket; Wonders of Human Body; Mad Scientist Lab; Land with Parachute dan Humpty Dumpty.

Ibu peserta, Marina Ismail berkata program itu turut memberi pendedahan baharu kepada anak beliau Adam Zacqwan Syefry Moniz, 11 dan Azam Zeffry Syefry Moniz, 8 yang merupakan pengalaman pertama mereka mengikuti aktiviti sebegini.

“Program ini tidak hanya fokus kepada bidang perubatan malah mengenai semua aspek ilmu sains keseluruhan dan mudah difahami oleh pelajar sekolah yang masih menerokai dalam bidang tersebut,” katanya.



Sementara itu,  di Muzium Anatomi Manusia pengunjung berpeluang untuk mempelajari tentang perubatan dan kesihatan manusia. Muzium tersebut mempamerkan informasi berkaitan kesihatan manusia menerusi koleksi sebenar spesimen organ manusia, model rangka manusia tiruan dan poster-poster kesihatan berkaitan.

Muzium tersebut memberi pengunjung pendedahan tentang dunia kedoktoran serta koordinator muzium bersedia memberikan penerangan adalah terdiri daripada pelajar perubatan atau staf Jabatan Anatomi Manusia, FPSK, UPM.  – upm/nej/kgo


SXDdUA~