Warga UPM Diseru Menjana Idea Baharu Demi Kesejahteraan Masyarakat | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » Warga UPM diseru menjana idea baharu demi kesejahteraan masyarakat

Warga UPM diseru menjana idea baharu demi kesejahteraan masyarakat

Oleh Noor Eszereen Juferi
Gambar oleh Marina Ismail



SERDANG – Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Datuk Dr. Mohd Fauzi Ramlan menyarankan agar warga UPM berkebolehan menjana idea-idea baharu yang menjurus kepada kesejahteraan masyarakat.

Katanya dalam ucapannya beliau menyeru agar warga UPM berfikiran terbuka dalam menerima perubahan yang berlaku dalam meningkatkan lagi mutu dan kualiti perkhidmatan yang diberikan.

“Kita tidak boleh kekal selesa dengan apa yang kita lakukan pada ketika ini yang hanya menumpukan kepada pelaksanaan tugas-tugas rutin.

 



“Sudah tiba masanya untuk berhijrah dari ‘old school of thought’ kepada satu pemikiran yang baharu serta bersedia menerima perubahan dan harus digabungkan dengan pelaksanaan core business masing-masing,” katanya pada sambutan hari kualiti dan inovasi perkhidmatan 2013 peringkat UPM (HKIP UPM) di sini.

Tambah beliau, UPM turut melakukan beberapa inisiatif dalam usaha membudayakan inovasi dan kreativiti. Beberapa perubahan terutamanya cara kerja telah diperbaharui dan dipertingkatkan supaya dapat memperkemaskan lagi sistem penyampaian perkhidmatan.

Peningkatan daya kreativiti dan inovasi dalam tugas seharian bukan sahaja memberi nilai tambah kepada organisasi tetapi juga menyumbang kepada pembentukan modal insan yang berkualiti yang mampu menyerlahkan potensi masing-masing secara berhemah dan berintegriti.



Pendaftar UPM, Dato’ Wan Azman Wan Omar berkata sambutan tersebut bertujuan memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada usaha berkaitan inovasi serta memperkukuhkan nilai-nilai integriti di kalangan warga UPM.

“Pembudayaan inovasi dalam organisasi akan mempelbagaikan dimensi inovasi dalam cara berfikir, bertindak agar terus relevan dan selari dengan keperluan perkhidmatan dan amalan kerja semasa,” katanya.

Sementara itu, Sambutan Hari Kualiti dan Inovasi UPM yang julung kali diadakan tahun ini terbahagi kepada empat kategori anugerah seperti berikut  iaitu Anugerah Amalan 5S; Anugerah Pengurusan Aset; Anugerah Inovasi dan Anugerah Khidmat Pelanggan.

Senarai pemenang HKIP UPM 2013:

(A) Anugerah Pengurusan Aset

Kumpulan 1 – Bahagian Akademik

Kumpulan 2 -  Fakulti Reka bentuk dan Senibina

Kumpulan 3 -  Pusat Kesihatan Universiti

Kumpulan 4 – Akademi Sukan

(B) Anugerah Amalan 5S

Tempat Pertama – Pejabat Pendaftar

Tempat Kedua – Fakulti Ekologi Manusia

Tempat Ketiga – Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS)

(C) Anugerah Inovasi

Pasukan – Smart ACQLIB (Perpustakaan Sultan Abdul Samad)

Individu   – Dr. Azhar Mohd Nasir (Fakulti Ekonomi Pengurusan)

Pasukan – PK-(FIKIR) (Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah)

Individu   – En. Mohd Isnanin Ali ( Pusat Pembangunan Usahawan dan Kebolehpasaran Graduan)

Pasukan – GTRE Power Saving Group (Fakulti Kejuruteraan)

(C) Anugerah Khidmat Pelanggan

Pertama – Pusat Kesihatan Universiti

Kedua    – Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Ketiga    -  Perpustakaan Sultan Abdul Samad

(E) Anugerah Khas (PTJ Certified 5S)

  • Fakulti Kejuruteraan
  • Fakulti Sains

 - upm/nej/kgo


Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
+603 8948 7273
B1566637243