| Universiti Putra Malaysia

‘Vertigo’ tidak menghalang Dayang Suryati tamatkan pengajian PhD

Oleh: Noor Eszereen Juferi
 
 
SERDANG, 27 November – Penyakit vertigo tidak menghalang graduan PhD, Dayang Suryati Abang Ibrahim untuk menamatkan pengajian beliau dan berjaya bergraduasi pada Majlis Konvokesyen UPM ke-46 Sidang 2 pada hari ini.
 
Beliau yang berkhidmat di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkata, pada awalnya serangan vertigo beliau dapat di kawal semasa pengajian dan bersyukur mempunyai penyelia yang sangat memahami keadaannya.
 
Dengan bidang yang dipelajari yang boleh dimanfaatkan oleh masyarakat iaitu kajian berkenaan topik curiosity iaitu perkara yang jarang diketengahkan dalam pendidikan.
 
 
“Saya meminati dan mahu mendalami bidang pengajian saya iaitu Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan harapan saya dengan adanya cetusan ini akan bertambah lagi kajian dan ilmu baharu untuk didedahkan kepada para guru mengenai cara meningkatkan curiosity pelajar,” katanya.
 
Beliau juga berterima kasih atas sokongan keluarganya terutama suaminya, Mohamad Tarmizi Iskandar yang banyak memberi sokongan untuk berjuang menamatkan pengajian PhD.
 
Dayang Suryati juga sebelum ini telah melanjutkan pengajian Master pada tahun 2013 di UPM berkata UPM adalah tempat pengajian yang terbaik untuk melanjutkan pengajian kerana kemudahan di universiti ini adalah mencukupi dan memudahkan beliau.

SXDdRA5~