| Universiti Putra Malaysia

UPM-TNB-GSPARX Sdn. Bhd jalin kerjasama bagi projek Rooftop Solar Photovoltaic

Oleh: Noor Eszereen Juferi
Foto oleh: Sabri Omar 

SERDANG, 6 Jan - Universiti Putra Malaysia (UPM) - Tenaga Nasional Berhad (TNB) – GSPARX Sdn. Bhd menandatangani Perjanjian Supply Agreement with Renewable Energy Jalin kerjasama bagi projek rooftop sistem solar photovoltaic (PV) terbesar IPTA yang berlangsung hari ini, 6 Januari 2021 sekitar jam 2.30 petang di Auditorium Jurutera Radin Umar, Fakulti Kejuruteraan, UPM.

Ketua Setiausaha, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar dan Pengerusi LPU UPM, Dato’ Seri Diraja Syed Razlan Syed Putra Jamalullail hadir menyaksikan sesi menandatangani perjanjian itu.

Turut hadir, Pengerusi TNB, Dato’ Sri Hasan Arifin dan Ketua Pegawai Retail TNB, Datuk Ir. Megat Jalaluddin Megat Hassan.

Naib Canselor UPM, Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman berkata pelaksanaan projek solar PV itu merupakan projek pemasangan sistem solar roof-top terbesar di kalangan universiti awam.

“UPM turut menjadi perintis untuk pemasangan solar panel di atas tasik yang dikenali sebagai AQUAVOLTAICS yang merupakan the First Large Scale Integrated Hydroponic-Aquavoltaic project cum Eco-Tourism in the World,” katanya.

Tambah beliau, ini adalah seiring dengan hala tuju universiti menerusi Pelan Strategi UPM 2021-2025 yang menekankan elemen kelestarian penyelidikan dan inovasi serta pengukuhan jaringan industri dan masyarakat.

“UPM sebagai universiti paling lestari di Malaysia selama 12 tahun berturut-turut dalam UI-GreenMetric World University Ranking 2021 akan terus komited dalam mendukung usaha kelestarian,” katanya.

Sementara itu, pemasangan sistem solar di 16 tapak termasuk masjid, parkir solat serta tasik tanpa kos pendahuluan dan sistem solar berkapasiti 16.18 MWp dijangka menjimatkan RM114 juta bil elektrik dalam tempoh 25 tahun.

Kerja-kerja pemasangan panel solar di jangka siap pada Julai 2022.

UPM turut mengambil langkah proaktif dengan menubuhkan satu jawatankuasa yang berperanan untuk mengkaji dan menganalisa keberkesanan pelaksanaan projek solar di UPM dari aspek kewangan, teknikal dan penyelidikan yang dikenali sebagai SURIA Task Force di mana SURIA adalah akronim kepada Solar for University’s Research and Investment  Accelerations.- UPM

SXESPAd~