| Universiti Putra Malaysia

UPM terus memperkasakan pendidikan berkualiti untuk masyarakat: Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Syed Jalaludin

Oleh: Noor Eszereen Juferi



SERDANG, 27 November – Universiti Putra Malaysia (UPM) perlu terus memperkasakan pendidikan berkualiti bagi berada di tahap yang cemerlang dalam pelbagai bidang seiring dengan keperluan masa kini.

Pro Canselor, Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Syed Jalaludin Syed Salim berkata sejajar dengan usia UPM dinaik taraf sebagai sebuah universiti yang telah melangkaui 50 tahun pada tahun ini.

“Universiti kini bukan lagi sebuah institusi yang eksklusif atau menara gading tetapi menjadi institusi yang inklusif atau Menara Ilmu yang memberi pendidikan terbaik kepada masyarakat,” katanya ketika berucap pada sesi 2, Majlis Konvokesyen ke-46 UPM di Dewan Besar , Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM di sini.

Katanya, melalui Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) pendidikan terbaik merupakan agenda penting bagi mengupayakan lagi potensi dan bakat masyarakat.

“UPM mesti melagang peranan untuk mendekati dan menyantuni masyarakat serta komuniti menerusi khidmat kepakaran yang dimiliki oleh warga serta alumninya,” katanya.

Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Syed Jalaludin berkata keterlihatan kecemerlangan UPM pada peringkat antarabangsa turut diterjemahkan melalui penarafan lain antaranya berada pada kedudukan terbaik Malaysia dan ke-27 ranking terbaik dunia dalam penarafan UI-Greenmetric World University Ranking 2021.

Beliau berkata kejayaan ini membuktikan komitmen berterusan universiti untuk melestarikan kampus hijau dan pengurusan alam sekitarnya. UPM sebagai kampus hijau digiatkan melalui pembinaan sistem solar terbesar di universiti awam iaito fotovoltaik (PV) dengan kapasiti Megawatt peak (MWp) yang mampu menjimatkan bil elektrik universiti dalam tempoh 25 tahun. - UPM

WXETOAp~