| Universiti Putra Malaysia

UPM terima lawatan daripada Delegasi Australia adalah satu usaha tingkatkan mobiliti pelajar luar

Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin
Foto Oleh:  Saleha Haron

SERDANG, 3 September: Delegasi daripada Australia melawat Universiti Putra Malaysia  (UPM) adalah sebahagian daripada inisiatif mobiliti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) pada tahun 2022 untuk menyokong program inbound dan outbound.

 Inisiatif tersebut adalah selaras dengan matlamat Kerajaan Malaysia untuk mewujudkan negara sebagai hab pendidikan tinggi antarabangsa dengan 250,000 pelajar antarabangsa menjelang tahun 2025, seperti yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015–2025 (Pendidikan Tinggi).

YH. Profesor Dato' Mohd Roslan Sulaiman berkata, kerajaan Australia telah memulakan Rancangan Colombo Baharu (NCP) untuk menyokong program inbound dan outbound.

“Kami menjemput semua perwakilan yang bersama-sama kami dalam program ini untuk menyokong Rancangan Colombo Baharu bersama-sama UPM khususnya bagi program ini.

“Di UPM kami menawarkan pelbagai program mobiliti dari program jangka pendek hingga jangka panjang termasuk program pertukaran semester, program musim panas dan program yang disesuaikan, “ katanya semalam semasa memberi ucapan Siri Pertama Lawatan Suai Kenal Institusi Pengajian Tinggi Australia ke Malaysia 2022.

Siri Pertama Lawatan Suai Kenal Institusi Pengajian Tinggi Australia ke Malaysia 2022 ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Pengarah Antarabangsa Universiti Awam Malaysia (JKPA) dan dihoskan oleh Education Malaysia Global Services (EMGS), Education Malaysia Australia (EMA), dan enam universiti awam.

Turut hadir sama ke majlis ini ialah Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), UPM, Dr. Ismi Arif Ismail, Pengarah Putra International Centre (I-PUTRA), Prof Dr. Suhaimi Ab. Rahman, Delegasi- Delegasi daripada Universiti Australia ,Education Malaysia Global Services (EMGS) dan Bahagian Pendidikan Malaysia.- UPM

SXDdOAm~