| Universiti Putra Malaysia

UPM terima kunjungan dari usahawan pertanian tersohor Asia Prof Adjung Datuk Yap Yun Fook

Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin
Foto Oleh: Izrul Abdul Jabar


SERDANG, 30 Jun:  Pusat Pertanian Putra (PAC), Universiti Putra Malaysia (UPM) menerima kunjungan dari usahawan pertanian tersohor Asia Prof Adjung Datuk Yap Yun Fook bagi melihat kawasan lapangan di ladang-ladang Pusat Pertanian Putra yang berpotensi untuk pelaksanaan dan pembangunan aktivit/projek.

Kunjungan yang dilakukan berpotensi bagi pemerkasaan dan penjanaan pendapatan kepada Pusat Pertanian khususnya dan universiti amnya. 

Usahawan pertanian tersohor Asia ini juga berkongsikan pengalamannya sebagai mentor utama usahawan Malaysia kepada PAC UPM untuk pembangunan aktiviti/projek yang berpotensi bagi pemerkasaan dan penjanaan pendapatan kepada Pusat Pertanian khususnya dan universiti amnya. 

Pada 2019, Prof Adjung Datuk Yap Yun Fook mengharumkan nama negeri Sabah dipentas negara apabila diberikan pengiktirafan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebagai mentor utama usahawan Malaysia.

Oleh yang demikian, lawatan yang dibuat dapat menambah nilai kepada PAC UPM bagi meningkatkan penghasilan produk pertanian sekaligus menjana pendapatan untuk universiti.

Selain itu, pembangunan projek ini dapat memenuhi pengajaran dan pembelajaran pelajar UPM dan boleh ditawarkan kepada pihak industri/agensi sebagai kursus jangka pendek/panjang.

Turut sertai kunjungan PAC, Pengerusi Lembaga Pengarah UPM, Tengku Syarif Laksamana Perlis Datuk Seri Diraja Syed Razlan Syed Putra Jamalullail dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Dr. Nazamid Saari. -UPM

SXEUVAY~