UPM Tempat Pertama “Ranking Of Web Universities” Di Malaysia | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » UPM tempat pertama “Ranking of Web Universities” di Malaysia

UPM tempat pertama “Ranking of Web Universities” di Malaysia


SERDANG , 11 Februari (UPM): Universiti Putra Malaysia (UPM) cemerlang apabila mengungguli kedudukan tempat pertama dalam “Ranking of Web Universities” (Webometrics Ranking) di Malaysia, iaitu ranking laman web institusi pengajian tinggi (IPT) yang terbaharu edisi Januari 2015.

Sebelum ini, iaitu pada edisi Julai 2014, UPM berada pada kedudukan kedua dalam ranking bagi institusi pengajian tinggi di Malaysia. Ini kali kedua UPM berjaya menduduki tempat pertama dalam kalangan IPT di Malaysia selepas kali pertama pada Januari 2012.

Menurut “Webometrics Ranking” edisi Januari 2015 itu, UPM juga berjaya melonjakkan kedudukan di kalangan universiti dunia apabila berada pada kedudukan ke-420, meningkat 90 anak tangga daripada tempat ke-510 sebelum ini. UPM berjaya melepasi kedudukan ke-1,000 terbaik dunia bermula tahun 2009 hingga kini.

Menurut penarafan terbaharu edisi Januari 2015 itu di kalangan negara Asia pula, UPM  menempatkan diri pada kedudukan ke-76, yang sekali gus memperbaiki kedudukan 21 anak tangga daripada tempat ke-97 sebelum ini.

Ranking itu menilai lebih 20,000 IPT seluruh dunia, termasuk 89 dari Malaysia iaitu 20 awam dan 69 swasta. 

Universiti Sains Malaysia (USM) berada pada kedudukan kedua di Malaysia (ke-480 dunia), diikuti Universiti Teknologi Malaysia (ke-552 dunia), Universiti Malaya (646 dunia) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (815 dunia).

Penilaian itu turut mencatatkan indikator ‘impacts’ UPM ke-1,088 terbaik dunia, berbanding penilaian sebelum ini ke-1,668.

Webometrics adalah sistem penarafan di mana laman web dan visibiliti digunakan sebagai indikator untuk mengukur prestasi universiti pada peringkat global yang dijalankan oleh Cybermetrics Lab (Majlis Penyelidikan Negara Sepanyol, CSIC). 

Penilaian berdasarkan empat indikator utama penarafan web universiti iaitu ‘impact’, ‘presence’, ‘openess’ dan ‘excellence’ yang dikeluarkan setiap enam bulan pada Januari dan Julai setiap tahun.

Semua indikator itu mengambil kira komitmen universiti terhadap pengajaran, hasil penyelidikan, prestij antarabangsa, rangkaian dengan komuniti termasuk industri dan ekonomi. - UPM


Tarikh Input: | Kemaskini: | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
+603 8948 7273
B1568672864