| Universiti Putra Malaysia

UPM sebagai tuan rumah The 7th International Workshop on UI-Greenmetric World University Rankings (WGM 2021)

Oleh: Zainul Luqman Zainul Ikhwan

SERDANG - Pengasas UI-GreenMetric World University Rankings, Universitas Indonesia telah melantik UPM sebagai tuan rumah The 7th International Workshop on UI-GreenMetric World University Rankings (IWGM 2021). Tema tahun ini menekankan kepada Universiti, UI-GreenMetric, dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) pada Waktu Pandemik yang akan diadakan pada 13 hingga 15 Julai ini.

Pengarah Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat, UPM, Prof. Dr. Daud Ahmad Israf Ali berkata beliau berharap pada masa depan program bertemakan kelestarian akan lebih banyak dilaksanakan untuk melahirkan pelajar dan komuniti yang bijak terhadap isu-isu globalisasi.

IWGM 2021 akan membincangkan topik seperti Isu dan Inovasi dalam Pengurusan Penetapan dan Infrastruktur, Isu dan Inovasi dalam Menguruskan Tenaga, Isu dan Inovasi dalam Menguruskan Sisa, Isu dan Inovasi dalam Menguruskan Air, Isu dan Inovasi dalam Menguruskan Pengangkutan serta Isu dan Inovasi dalam Menguruskan Bidang Pendidikan.

Meskipun wabak global sedang berlaku, kedua-dua universiti iaitu UPM dan Universitas Indonesia memberi komitmen penuh bagi memastikan kejayaan IWGM 2021. Bengkel ini akan dijalankan secara dalam talian bagi tahun kedua berturut-turut disebabkan pandemik semasa dan akan dihadiri sebanyak 912 buah universiti dari 84 negara di seluruh dunia. Untuk maklumat lebih lanjut: http://greenmetric.ui.ac.id/events .  - UPM

WXEZVA~