| Universiti Putra Malaysia

UPM-SEARCA BERKOLABORASI UNTUK GRADUATE SCHOLARSHIP PROJECT


SERDANG, 19 Nov - Universiti Putra Malaysia (UPM) menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dengan The Southeast Asian Regional Centre For Graduate Study And Research In Agriculture (SEARCA) yang telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor, (Penyelidikan dan Inovasi) UPM, Prof. Dato’ Ir. Dr. Mohd Saleh Jaafar dan Pengarah SEARCA, Gil C. Saguiguit sempena dengan 25th Executive Board Meeting of the Southeast Asian University Consortium for Graduate Education in Agriculture and Natural Resources (UC).

MoA ini merupakan asas bagi perlaksanaan UPM-SEARCA Joint Graduate Scholarship Project yang menawarkan International Graduate Research Fellowship (iGRF) kepada pelajar-pelajar dari Asia Tenggara yang berhasrat untuk menyambung pengajian di peringkat Master dan PhD dalam bidang pertanian dan sains yang berkaitan di UPM.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPM, Prof. Dato’ Ir. Dr. Mohd Saleh Jaafar berharap agar peserta UPM dalam Graduate Scholarship Project itu dapat membantu menghasilkan sumber manusia yang berkualiti tinggi dalam bidang pertanian



“Melalui Graduate Scholarship Project, SEARCA telah dapat menghasilkan setakat lebih daripada 1000 profesional itu,” katanya.

Sementara itu, Dekan Sekolah Pengajian Siswazah, Prof. Dr. Bujang Kum Huat berkata melalui kerjasama ini, UPM menawarkan satu matching scholarship dalam bentuk biasiswa UPM-SEARCA untuk setiap satu biasiswa penuh daripada SEARCA.

“Bilangan penerima biasiswa daripada UPM boleh ditingkatkan kepada maksimum empat orang pelajar untuk setiap tahun akademik, sekiranya SEARCA turut menaja empat orang pelajar dengan biasiswa penuh SEARCA, tertakluk kepada persetujuan bersama, mulai semester akan datang,” katanya.

SEARCA merupakan sebuah badan antarabangsa yang ditubuhkan oleh Southeast Asian Ministers of Education Organization (SEAMEO) pada tahun 1966.

Sejajar dengan matlamat penubuhannya untuk mengukuhkan kemampuan universiti dalam bidang pertanian dan pembangunan luar bandar di Asia Tenggara melalui program biasiswa siswazah, penyelidikan dan pembangunan serta pengurusan ilmu, SEARCA telah mengembangkan program penawaran biasiswa bagi pengajian siswazah ke UPM.

Sehingga kini, SEARCA telah menganugerahkan 77 biasiswa kepada pelajar yang datang dari pelbagai negara di rantau ini untuk pengajian di UPM.

University Consortium (UC) merupakan satu organisasi di bawah naungan SEARCA yang telah ditubuhkan pada 1989 dengan tujuan membangunkan kapasiti sumber manusia dalam bidang pertanian.

UPM merupakan satu-satunya universiti di Malaysia yang menganggotai UC manakala universiti-universiti lain yang menjadi anggota badan ini ialah Institut Pertanian Bogor, Indonesia, Kasetsart University, Thailand, Universitas Gadjah Mada, Indonesia, University of the Philippines Los Banos, the Philippines, University of British Columbia (Canada), University of Queensland (Australia), University of Gottingen (Germany), dan Tokyo University of Agriculture (Jepun).

Berita ini disediakan oleh Mohd Rezuan M. Aspar, 03-89462053 dan foto oleh Mohd Hasrul Hamdan, 03-89466189


SXEUGAg~