UPM Rangkul 5 Emas, 1 Perak, 1 Gangsa Pada MTE 2019 | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » UPM rangkul 5 emas, 1 perak, 1 gangsa pada MTE 2019

UPM rangkul 5 emas, 1 perak, 1 gangsa pada MTE 2019

Oleh: Azman Zakaria

 

KUALA LUMPUR, 23 Feb - Universiti Putra Malaysia (UPM) memenangi lima pingat emas, satu perak, dan satu gangsa pada pameran Ekspo Teknologi Malaysia (MTE) 2019.

UPM menghantar tujuh penyertaan pada MTE 2019 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, dan kesemuanya memenangi pingat.

Lima pingat emas yang dimenangi oleh UPM ialah:

STEM STEM Mentor-Mentee Awards - Putra Outreach Physics: Magic or Physics – oleh AP Dr. Yap Wing Fen (Fakulti Sains).

STEM Teaching Innovation Awards - School Zoonotic Diseases Awareness Program oleh Dr Mohd Mokrish Md. Ajat (Fakulti Perubatan Veterinar).

STEM Learning Approaches in the 21st Century for Electronic Devices Topics – oleh AP Dr. Suriati Paiman (Fakulti Sains).

THE BEAUTY REVOLUTION OF STEM TEACHING, oleh Dr. Nurzatulshima Kamarudin, Dr Lee Tze Jium, Nirul Norzakiah Mohd Nasir, Mohd Khairul Azmi Ahmad (Fakulti Pengajian Pendidikan). 

Junior STEM Chef: A Teaching Innovation Module to Enhance STEM Learning Process Among Murid Orang Asli, oleh Dr. Mohd Salahuddin Mohd Basri, Dr Zurina Zainal Abidin, Dr Siti Ujila Masuri, Dr Nor Amaiza Mohd Amin, Zanariah Mohd Dom, (Fakulti Kejuruteraan).

Pingat perak pula ialah Mentor-Mentee in Research Innovation Skills Through Global I-Lead STEM Camp – oleh  Dr. Muhammad Alif Muhammad Latif, Dr Muhammad Aliff M. Latif, Dr Suriati Paiman, Dr Zurina Zainal Abidin, Dr Khalina Abdan, Prof Norihan Md Ariffin, Noorsuhaily Ali (Pusat Asasi Sains Pertanian, Fakulti Sains, dan Fakulti Kejuruteraan)

Pingat gangsa ialah - Interactive Learning: The Menstual Cycle Game oleh

Dr Mashitah Shikh Maidin, Dr Christina Yong Seok Yien, Dr Nurul Izza Ab Ghani, Nur Hafizah Mohammed (Fakulti Sains).

Anugerah disampaikan Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Isnaraissah Munirah Majilis.

Pengerusi Jawatankuasa Induk UPMSTEM, Prof. Dr. Mohd Basyaruddin Abdul Rahman berkata, ini merupakan penyertaan sulung UPM dalam STEM MTE dan berjaya meraih pengiktirafan daripada aspek penglibatan STEM dengan komuniti dan inovasi pengajaran STEM.

Katanya, beberapa buku, modul latihan dan produk telah mendapat hakcipta daripada MyIPO.

“Semua penyertaan STEM daripada UPM boleh memberi impak kepada masyarakat dan mampu diperluaskan ke peringkat industri,” katanya.

Beliau berkata, sehingga kini UPMSTEM telah menjalankan pelbagai projek flagship termasuk Karnival Jom Sains, Noble Laureate Outreach Camp, Global I-Lead STEM Camp & International STEM Olympiad, dan Seeds of Science.  - UPM

 

 

 

Tarikh Input: 04/03/2019 | Kemaskini: 04/03/2019 | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
+603 8948 7273
B1568813690