| Universiti Putra Malaysia

UPM raih tempat kedua Perarakan Sambutan Maulidur Rasul 1440H

Oleh: Ustaz Muhammad Norhisyam Nordin

 

SHAH ALAM – Kontinjen Universiti Putra Malaysia (UPM) mendapat tempat kedua Kategori Perbarisan dan Kategori Sepanduk Terbaik pada Sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri Selangor, 20 November lalu.

Seramai 45 ahli kontinjen yang terdiri daripada Persatuan Akademik, Persatuan Pentadbir, KEPERTAMA, PERMATA, Pusat Islam Universiti, Sahabat  Masjid UPM dan wakil pelajar UPM menyertai perbarisan itu, diketuai Pengarah Pusat Islam UPM, Haji Mat Razi Abdullah.

Perarakan dari Stadium Shah Alam ke Stadium Melawati Shah Alam sejauh 1.7 km itu bermula 7.30 pagi sehingga 9.30 pagi.

 

Kontinjen UPM membawa sepanduk bertemakan ‘Menyantuni Ummah Membawa Rahmat’ serta membawa bendera Malaysia, bendera Selangor dan bendera UPM. Persiapan dilakukan dengan mengadakan taklimat dan latihan perbarisan selama enam hari.

Latihan perbarisan dibimbing oleh staf Perpustakaan Abdul Samad UPM, Azhar Abdul Rahman.

Tanggal 12 Rabiul Awal, umat Islam seluruh dunia mengingati tarikh kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan mengadakan program bagi menanam sifat dan kasih sayang kepada Baginda Rasulullah SAW. - UPM

SXEUWAQ~