| Universiti Putra Malaysia

UPM raih hadiah utama i-IdeA 2014

Oleh Nurhayatul Nira Ramli



ARAU – Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya meraih emas dan hadiah utama (Diamond Award) dalam International Innovation, Design dan Articulation (i-IdeA 2014) bagi kategori ‘Profesional Inventor’ yang membawa pulang wang tunai RM5000.00, piala iringan dan sijil penghargaan.

Dua penyelidik dari Fakulti Ekologi Manusia iaitu Dr. Mohamad Fazli Sabri dan Nurhayatul Nira Ramli mempertaruhkan inovasi ‘Kit Bijak Wang: Anak Bijak Cerdik Duit’ dalam pertandingan inovasi itu pada 16-19 September yang lalu.

Inovasi itu merupakan alat bantu mengajar yang mengandungi 10 permainan berbentuk interaktif yang telah digarap dan disusun mengikut kesesuaian kanak-kanak 6-12 tahun. Ia mengandungi 6 unit asas pengurusan kewangan supaya kanak-kanak boleh memahami konsep wang dengan lebih mudah.


Dr. Mohamad Fazli Sabri, Fakulti Ekologi Manusia


Menurut Fazli kit ini dapat membantu ibu bapa dan guru-guru memberikan pemahaman awal kepada kanak-kanak berkaitan dengan konsep asas wang dan pengurusan kewangan dengan menyediakan aktiviti pendidikan kewangan yang menyeronokkan dan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak.

“Kajian mendapati kanak-kanak yang didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran pengurusan kewangan sejak awal usia mampu memberi kesan positif kepada amalan pengurusan kewangan semasa mereka dewasa kelak.

“Kit Bijak Wang : Anak Bijak Cerdik Duit” dilihat sebagai cara efektif untuk membina keupayaan kanak-kanak untuk menjadi pengurusan kewangan yang berhemah dan berintegriti tinggi,” katanya.

Produk tersebut juga telah memenangi The KASS Award for Best Professional Invention di ITEX 2014, 4 emas (termasuk PRPI), 2 silver dan 1 gangsa dalam pelbagai pertandingan inovasi peringkat nasional dan antarabangsa.


Dr. Nurhayatul Nira Ramli,Fakulti Ekologi Manusia


i-IdeA 2014 merupakan pertandingan produk inovasi antarabangsa yang menggalakkan produk inovasi dan idea kreatif di kalangan pereka, penyelidik dan industri mengenai idea dan produk mereka yang boleh dikomersilkan.  

Bertemakan “Empowering Research, Innovation Ideas and Entrepreneurship Towards Sustainable Economy”, pertandingan ini turut disertai peserta daripada Malaysia dan juga luar negara.

Penganjuran kali ini telah diadakan di Dewan Sri Semarak, UiTM Perlis.


WXETQA~