| Universiti Putra Malaysia

UPM Raih 4 Emas, 1 Anugerah Khas, Pameran PECIPTA

Oleh Hafliza Hussin

Prof. Dato' Ir. Dr. Mohd Saleh Jaafar dan Hajah Rahana Mat Ghani, pengarah urusan Pakar Go Green Sdn. Bhd.  semasa majlis pertukaran MoA


KUALA LUMPUR, 9 Nov –  Universiti Putra Malaysia (UPM) meraih 4 Emas, 9 Perak, 8 gangsa dan 1 Anugerah Khas daripada 25 penyertaan dalam Pameran Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (PECIPTA) 2013.

Dr. Zulkifli Muslim dari Fakulti Rekabentuk dan Senibina meraih emas dan Anugerah Khas melalui inovasi  Transformation Design Based on Tropical Plant Images, Innovation to Functional Design iaitu mengenai proses rekabentuk transformasi berkonsepkan tumbuhan hidup untuk pembuatan jubin, perabot, bangunan dan hiasan dalaman.

Pingat emas lain dimenangi oleh inovasi High-Performance Supercapacitor Electrode hasil penyelidikan Dr. Lim Hong Ngee dari Fakulti Sains iaitu elektrod superkapasitor yang mempunyai kuasa penyimpanan tenaga dan kapasiti kuasa sehingga ~800 F/g berbanding elektrod lain di pasaran yang hanya dapat menyimpan tenaga sebanyak < 200F/g.

Prof. Madya Dr. Norhisam Misron dari Fakulti Kejuruteraan memenangi emas dengan produk High Torque Motor for Oil Palm Electrical Cutter Application iaitu motor elektrik baharu yang mempunyai ketumpatan kilas yang tinggi dalam aplikasi pemotong elektrik.


Dari kiri: En. Ahmad Zakir Dato` Wira Jaafar (Ketua Pegawai Eksekutif (Komersil)), Prof. Madya Dr. Samsilah Roslan (Pengarah PSP), Prof. Dato' Ir. Dr. Mohd Saleh Jaafar (TNCPI), Hajah Rahana Mat Ghani (pengarah urusan Pakar Go Green Sdn. Bhd) dan Prof. Dr



Penyelidik dari Fakulti Sains, Prof. Dr. W. Mahmood Mat Yunus mendapat emas dengan inovasi Novel Heavy Metal Ions Sensor Chips, iaitu cip sensor polimer untuk mengesan ion-ion logam yang merbahaya.

UPM adalah antara 11 universiti tempatan yang terlibat dalam majlis menandatangai dan pertukaran dokumen MoA bersama pihak industri untuk mewujudkan kerjasama pengkomersilan selaras dengan tema PECIPTA 2013, “Transforming Research & Innovation Towards Commercialisation”.

MoA UPM melibatkan teknologi A Method for Producing A Biopolymer hasil penyelidikan Prof. Dr. Azni Idris daripada Fakulti Kejuruteraan dengan syarikat Pakar Go Green Sdn. Bhd. Majlis tersebut disempurnakan oleh tetamu kehormat, iaitu Dato’ Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II.


PECIPTA 2013: SENARAI PEMENANG UPM

Bil.

Penyelidik

Fakulti/Institut

Inovasi

Pingat

1

Dr. Zulkifli Muslim

Rekabentuk dan Senibina

Transformation Design Based On
  Tropical Plant Images, Innovation To Functional Design

Anugerah Khas & Emas

2

Dr. Lim Hong Ngee

Sains

High-Performance Supercapacitor
  Electrode

Emas

3

Prof. Madya Dr. Norhisam Misron

Kejuruteraan

High Torque Motor For Oil Palm
  Electrical Cutter Application

Emas

4

Prof. Dr. W. Mahmood Mat Yunus

Sains

Novel Heavy Metal Ions Sensor
  Chips

Emas

5

Prof. Madya Dr. Ahmad Husni
  Mohd Hanif

Pertanian

Zappa - Rice Seed Germination
  Enhancer

Perak

6

Prof. Madya Dr. Azrina Azlan

Perubatan dan Sains Kesihatan

Heart Friendly Vegetable Oil
  (C-Heart)

Perak

7

Prof. Madya Dr. Marzanah A.
  Jabar

Sains Komputer dan Teknologi Maklumat

Hooray Hubby

Perak

8

Prof. Dr. Hamidah Ibrahim

Sains Komputer dan Teknologi Maklumat

Smart Travel Package
  Recommendation System With Preference Evaluation Techniques

Perak

9

Dr. Maria Chong Abdullah

Pengajian Pendidikan

Tingkahlaku Kanak-Kanak

Perak

10

Prof. Dr. Rozita Rosli

Perubatan dan Sains Kesihatan

Glucofix

Perak

11

Prof. Dr. Md Zuki Abu Bakar

 Biosains/Perubatan Veterinar

Nanocomposite Paste For Bone
  Repair

Perak

12

Prof. Dato' Ir. Mohd Saleh
  Jaafar

Kejuruteraan

Myobe - Outcome Based Education
  Management System

Perak

13

Prof. Madya Dr. Hawa Ze Jaafar

Pertanian

Novel Co2 Enrichment Techniques
  For Growth And Pharmaceutical Enhancement Of Labisia Pumila Benth (Kacip
  Fatimah)

Perak

14

Dr. Puziah Hashim

Penyelidikan dan Produk Halal

Islamic Cleansing Clay (Ls) For
  Halal Industry

Gangsa

15

Prof. Madya Dr. Rosfarizan Mohamad

Bioteknologi dan Sains Biomolekul

A Method For Producing
  Palm-Based Kojic Acid Monooleate Using Solvent-Free System

Gangsa

16

Prof. Madya Dr. Marzanah A.
  Jabar

Sains Komputer dan Teknologi Maklumat

D'seat

Gangsa

17

Prof. Madya Dr. Fatimah Sidi

Sains Komputer dan Teknologi Maklumat

Malay Interrogative Knowledge
  Identifier

Gangsa

18

Dr. Iskandar Ishak

Sains Komputer dan Teknologi Maklumat

Mobile Plant Tagging System

Gangsa

19

Prof. Dr. Suhaila Mohamed

Biosains

Healen

Gangsa

20

Prof. Dr. Desa Ahmad

Kejuruteraan

Kenaf Stems Harvester - Design
  And Development Of Kenaf Stems Harvesting Machine

Gangsa

21

Prof. Madya Dr. Nur Izura Udzir

Sains Komputer dan Teknologi Maklumat

Global Monitoring And
  Surveillance System

Gangsa

22

Prof. Madya Dr. Fatimah Sidi

Sains Komputer dan Teknologi Maklumat

Forest Health Monitoring System

Tiada

23

Prof. Madya Dr. Lilly Suriani
  Affendey

Sains Komputer dan Teknologi Maklumat

Mobile Flora Classification
  System

Tiada

24

Prof. Dr. Zulkifli Hj.
  Shamsuddin

Pertanian

Bacto-10 Liquid Bio-Fertilizer

Tiada

25

Dr. Liang Juan Boo

Pertanian Tropika

Fermented Rice Straw Containing
  Lovastatin With Anti Methanogenesis, Anti Cholesterol And Antioxidant
  Properties

Tiada

 


LH

SXDdQAR~