UPM Raih 3 Emas, 3 Anugerah Khas Pada Ekspo Teknologi MTE | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » UPM raih 3 Emas, 3 Anugerah Khas pada Ekspo Teknologi MTE

UPM raih 3 Emas, 3 Anugerah Khas pada Ekspo Teknologi MTE

Dr. Zulkifli Muslim (kanan) dan Dr. Ahmad Rizal (kiri) bersama sijil kemenangan masing-masing


KUALA LUMPUR, 22 Feb – Universiti Putra Malaysia (UPM) membawa pulang 3 Emas, 3 Anugerah Khas dalam pameran Malaysia Technology Expo (MTE) 2013.

UPM memenangi 1 pingat emas, 9 perak dan 9 gangsa dalam kategori  Invention & Innovation Awards dan 2 pingat emas, 3 gangsa  dan 3 Anugerah Khas dalam kategori International Design Awards (mIDEAS) pada pertandingan tahunan untuk saintis dan penyelidik nasional mempamerkan rekacipta masing-masing.

Tiga Anugerah Khas yang dimenangi ialah Foreign Special Award-Japan Intellectual Property Association (JIPA), The Best Awards dan Special Award with Compliment from Panel Jury.

Emas UPM disumbangkan oleh Dr. Ali Dehghantanha dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat dengan produk Pervasive Cyber-Security Education System (PCSES) iaitu sistem untuk membimbing pengguna tentang bahan-bahan keselamatan aplikasi web untuk persekitaran yang terkawal, di mana pengguna boleh mengalami keadaan sebenar dunia siber.

Selain beliau, Dr. Zulkifli Muslim dari Fakulti Rekabentuk dan Senibina meraih pingat emas serta 2 Anugerah Khas iaitu The Best Awards dan JIPA untuk Best Design Award. Produknya Transformation Design of Decoration Tiles Based on Tropical Plant Images mengenai proses rekabentuk berkonsepkan tumbuhan hidup untuk pembuatan jubin, perabot dan bangunan.

Manakala pingat emas ketiga iaitu inovasi Congrex Public Bench dari Dr. Ahmad Rizal Abdul Rahman dari Fakulti Rekabentuk dan Senibina turut memenangi Anugerah Khas Special Award with Compliment from Panel Jury. Congrex Public Bench ialah perabot mesra taman daripada kayu getah atau kayu tempatan untuk dijadikan sebagai tempat duduk yang fleksibel.

Selain itu, UPM juga berjaya membawa pulang 9 perak, 12 pingat gangsa dan meraih tempat ketiga kategori Booth Award.

Pameran tahunan anjuran Malaysian Association of Research Scientists (MARS) dan PROTEMP Exhibition Sdn. Bhd. dengan kerjasama oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berlangsung pada 21-23 Februari 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Ia disertai 28 pempamer daripada agensi-agensi penyelidikan dalam dan luar negara, IPTA, IPTS dan pelajar-pelajar sekolah.


Invention & Innovation Awards 2013

Pingat Emas

Dr. Ali Dehghantanha

Pervasive Cyber-Security Education System

Fak. Sains Komputer dan Teknologi Maklumat


Pingat Perak

Prof. Dr. Hamidah Ibrahim

XML Database Management System

Fak. Sains Komputer dan Teknologi Maklumat

Dr. Teh Noranis Binti Mohd Aris

SoftAgentOOPSemantics: A Software Agent Paradigm for Object-Oriented Programming Semantics

Fak. Sains Komputer dan Teknologi Maklumat

Assoc. Prof. Dr Rahmita Wirza O.K. Rahmat

3D Right Ventricle Stroke Volume Software

Fak. Sains Komputer dan Teknologi Maklumat

Prof. Dr. Nor Kamariah Noordin

The Melody to Musical Notation Translating System

Fak. Kejuruteraan

Assoc. Prof. Dr. Hawa ZE Jaafar

Novel CO2 Enrichment Techniques for Growth and Pharmaceutical Enhancement of Labisia Pumila Benth (Kacip Fatimah).

Fak. Pertanian

Assoc. Prof. Dr. S.Vijayaletchumy

NeoLexic

Fak. Bahasa Moden dan Komunikasi

Prof Dr Amin Ismail

Application of FTIR and proton NMR spectroscopy for analysis butter adulterated with lard for Halal verification

Inst. Penyelidikan Produk Halal

Prof Dr. Fauziah Othman

The New Generation of Protective Supplement for Liver Cancer

Fak. Perubatan danSains Kesihatan

Prof. Dr. Mohd. Yazid Abd. Manap

FOODClicks- Faculty Administration System

Fak. Sains dan Teknologi Makanan

Assoc. Prof. Dr. Jegatheswaran Ratnasingam

Saw Mills Expert System

Fak. Perhutanan

Prof. Dr. Mohamed Othman / Mr. Hassen A. Mogaibel

On-demand channel reservation scheme for common traffic in wireless mesh networks

Fak. Sains Komputer dan Teknologi Maklumat

Assoc. Prof. Dr. Nur Izura Udzir

Global Monitoring and Surveillance System

Fak. Sains Komputer dan Teknologi Maklumat

Assoc. Prof. Dr. Hawa ZE Jaafar

Novel Antioxidant Activities and Secondary Metabolite Enhancement of Labisia Pumila Benth. Under Manipulation of Greenhouse Irradiance

Fak. Pertanian

Assoc. Prof. Dr. Rosnah Shamsudin

High Viscosity Mixing Blade

Fak. Kejuruteraan

Assoc. Prof. Dr. Rosnah Shamsudin

UVTREAT Machine

Fak. Kejuruteraan

Dr. Fathinul Fikri Ahmad Saad

18[F] FDG-PET/CT is a useful molecular marker in evaluating thymoma aggressiveness

Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear

Dr. Mohammed Nazrim Marikkar

Evaluation of avocado fats from Malaysian cultivars for halal fat formulation

Inst. Penyelidikan Produk Halal

Dr. Rosita Jamaluddin

Probiotic Lactobacillus casei Shirota Strain Reduction of Aflatoxin Level

Fak. Perubatan danSains Kesihatan

Pingat Gangsa

 

 

 

 

 

 

 

 Malaysia International Design Awards 2013

 Foreign Special Award - Japan Intellectual Property Association (JIPA)

Best Design Award

Dr. Zulkifli Muslim

Transformation Design of Decoration Tiles Based on Tropical Plant Images

Fak. Rekabentuk dan Senibina

The Best Awards

Dr. Zulkifli Muslim

Transformation Design of Decoration Tiles Based on Tropical Plant Images

Fak. Rekabentuk dan Senibina

 Special Award With Compliment From Panel Jury

Dr. Ahmad Rizal Abdul Rahman

CONGREX - Public Benches For Park

Fak. Rekabentuk dan Senibina

 Pingat Emas

Dr. Zulkifli Muslim

Transformation Design of Decoration Tiles Based on Tropical Plant Images

Fak. Rekabentuk dan Senibina

Dr. Ahmad Rizal Abdul Rahman

CONGREX - Public Benches For Park

Fak. Rekabentuk dan Senibina

Pingat Gangsa

En. Mohd Faiz Yahaya

Save Me Fire Extinguisher

Fak. Rekabentuk dan Senibina

Mr. Ruhaizin Sulaiman

Sustainable Herbal Mosquito Repellent (HEMOR)

Fak. Rekabentuk dan Senibina

Ms. Arnis Aziz

HE-PRO

(Aromatic - Repellent Container)

Fak. Rekabentuk dan Senibina


Dr. Ali (2 kiri) bersama kumpulan penyelidiknya



Tarikh Input: | Kemaskini: | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
+603 8948 7273
B1569050066