| Universiti Putra Malaysia

UPM raih 2 emas, 3 anugerah khas INOVA di Croatia

Oleh Rosnah Shamsuddin

Dari kiri: Encik Nur Misuari Harun (Wakil Kedutaan Malaysia di Croatia, Prof. Madya Dr. Rosnah, Tuan Yang Terutama Dato’ Yean Yoke Heng (Duta Malaysia ke Croatia), Muhammad Fakhri dan Badrul Hisham


ZAGREB – Penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Rosnah Shamsudin dan pelajarnya, Muhammad Fakhri Zainuddin  meraih dua emas dan tiga anugerah khas, Diploma Euroinvent Gold Medal dari Romania Inventor Forum dan Honor of Invention dari World Invention Intellectual Property Association (WIIPA) pada International Invention Show (INOVA) di sini.

Pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Proses & Makanan, Fakulti Kejuruteraan UPM itu menghasilkan produk Ultraviolet (UV) Pasteurizer Machine bagi merawat jus buah-buahan tropika menggunakan sinar ultraviolet untuk menyahaktifkan bakteria selain memelihara kandungan vitamin C dalam jus.

Produk keduanya, White Pepper Decorticator (WPD) merupakan mesin pengupas kulit lada putih yang boleh  mempercepatkan proses penghasilan lada putih iaitu daripada 14 hari kepada 5 hari sahaja bagi proses perendaman.


Kesemua Delegasi Malaysia yang telah mengharumkan nama Malaysia dengan meraih 11 pingat emas, 5 perak dan 3 gangsa serta 8 anugerah khas dalam 38 International Invention Show (INOVA) 2013 di Zagreb, Croatia


Rosnah juga memperolehi gangsa dan anugerah khas dari Qatar iaitu Agri Green Special Award dengan produk Pineapple Whole Plant Waste as Potential Feed For Cattles bagi menghasilkan dedak makanan lembu fidlot hasil sisa buangan daun dan batang nenas menggunakan proses penyemperitan dan   pemampatan.

 Selain Rosnah, penyelidikan Dr Asnor Juraiza Dato’ Ishak dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Fakulti Kejuruteraan dan pelajarnya Badrul Hisham Abu Bakar juga memenangi pingat perak untuk produk SMART Fruit Grader yang merupakan mesin yang mudah alih, mesra pengguna dan mampu dimiliki untuk menimbang dan menggred buah berdasarkan spesifikasi oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Sebanyak 32 negara mempertandingkan 600 produk bagi kategori terbuka dan penyelidik muda pada International Inventions Show (INOVA) di sini pada 12 – 17 November lalu di mana produk-produk UPM mendapat perhatian Presiden Croatia, Ivo Josipovic. Selain itu, Duta Malaysia ke Croatia, Dato’ Yean Yoke Heng turut hadir.


WXDdPAf~