| Universiti Putra Malaysia

UPM perkenal 12 inovasi tarik rakan pengkomersilan industri di Sarawak

Oleh Khairul Anuar Muhamad Noh



BINTULU, 18 Nov – Universiti Putra Malaysia (UPM) memperkenalkan 10 inovasi baharu yang berpotensi untuk pengkomersilan berkaitan pertanian, perhutanan dan alam sekitar hasil ciptaan penyelidik UPM.

Inovasi tersebut dipamerkan kepada pihak industri melalui program UPM Innovation Open Day (UPMIOD) di UPM Kampus Bintulu dengan kerjasama Fakulti Sains Pertanian dan Makanan, UPM Kampus Bintulu.

UPMIOD adalah salah satu aktiviti promosi yang berbentuk showcase atau mini pameran anjuran Putra Science Park (PSP) dengan kerjasama fakulti atau institut yang terlibat.

Penganjuran UPMIOD kali ketiga pada tahun ini selepas UPMIOD yang melibatkan teknologi pertanian dan perubatan veterinar yang diadakan pada bulan Jun lalu.

Antara inovasi yang dijangka dapat menarik perhatian industri di Sarawak terutamanya ialah Multiplex Assay For Detection Of Bario Rice, Methods and Materials for Eliminating Nematode Pests in Black Pepper, Method of Isolating Humic Acid, A Fertilizer Composition, An Improved Plant Treatment Agent, A Method of Producing 'Compreg' Oil Palm Wood dan V-Grooving: Bamboo Flattening for Laminated Bamboo Timber Production.



Mengulas mengenai pengkomersilan dan promosi produk penyelidikan universiti, Timbalan Pengarah Bahagian Promosi dan Pemasaran Inovasi PSP, Dr. Mohamad Fakri Zaky Jaafar berkata IOD bukan sahaja mempromosikan pengkomersilan teknologi UPM tetapi menggalakkan perbincangan secara bersemuka antara penyelidik dan industri.

“IOD juga bermatlamat untuk menggalakkan pihak industri menjalinkan kerjasama dengan penyelidik di UPM dari segi penggunaan kepakaran, konsultansi dan sebagainya.

“Kebanyakan produk yang dipamerkan telah mempunyai paten yang difailkan dan terdapat beberapa teknologi yang telah bersedia untuk dihasilkan pada skala besar dan seterusnya dikomersilkan,” katanya.

“Harapan kami adalah agar pameran produk penyelidikan ini dapat membuahkan hasil dari segi kerjasama bersama pihak industri dan dapat disalurkan kepada masyarakat”, tambahnya lagi.

Turut hadir adalah Prof. Madya Dr. Nur Ashikin Psyquay Abdullah, Dekan Fakulti Sains Pertanian dan Makanan, Dr. Shahrul Razid Sarbini, Timbalan Dekan (Penyelidikan & Siswazah) dan ahli-ahli pengurusan fakulti yang lain.

 



Senarai inovasi dan penyelidik:

1. Multiplex Assay For Detection Of Bario Rice Samples - Prof Madya Dr. Yiu Pang Hung

2. Methods and Materials for Eliminating nematode Pests in Black Pepper - Dr. Wong Sing King

3. Method of Isolating Humic Acid - Prof Madya Dr Osumanu Haruna Ahmed

4. A Fertilizer Composition - Prof Madya Dr Osumanu Haruna Ahmed

5. Compost Ingredient and Its Use in Crop Cultivation - Prof Madya Dr Osumanu Haruna Ahmed

6. An Improved Plant Treatment Agent - Prof Madya Dr Osumanu Haruna Ahmed

7. Engkabang - Based Nano-cosmeceutical

- An Emulsion System Derives from Engkabang Fat Esters - Prof Dr. Mahiran Basri, UPM Serdang

8. A White Pepper Decorticator - Prof. Madya Dr Rosnah Shamsudin

UPM Serdang

9. A Method of Producing 'Compreg' Oil Palm Wood - Prof. Madya Dr Edi Suhaimi Bakar, UPM Serdang

10. Treatment of Oil Palm Biomass by Superheated Steam for Biocomposite Production - Dr. Hidayah Ariffin, UPM Serdang

11. Perkhidmatan UPMKB (Sosial Sains) – Microfinance dan Community based project - Dr. Adrian Daud

12. UPMKB Expertise - Dr. Shahrul Razid Sarbini


WXDdPAZ~