| Universiti Putra Malaysia

UPM, Nurflix komited tingkat kesedaran ilmu halalan toyyiban di kalangan masyarakat

SERDANG, 24 Mei - Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH), Universiti Putra Malaysia (UPM) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Nurflix Productions Sdn. Bhd. (Nurflix TV) menjalankan kerjasama untuk meningkatkan kesedaran ilmu halalan tayyiban di kalangan masyarakat dan pengguna.

Naib Canselor UPM, Dato' Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman berkata, objektif utamanya adalah untuk memperkukuhkan kerjasama dan perkongsian bagi membantu meningkatkan kefahaman masyarakat berkaitan halalan tayyiban melalui media yang lebih lestari dan mampan.

"UPM melalui Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH) mempunyai tanggungjawab yang besar dalam penyampaian ilmu, sebagai agen penyebaran kesedaran dan kefahaman tentang halalan tayyiban di kalangan masyarakat dan pengguna melalui kepakaran dan sumber yang dimiliki UPM.

"Saya yakin Nurflix TV adalah satu sebuah saluran penyiaran dan penstriman yang membawa bahan media digital baharu yang berorientasikan agama Islam dan patuh syariah sebagai medium penyebaran ilmu dan maklumat untuk kebaikan masyarakat," katanya.

IPPH, UPM bersama Nurflix TV akan berkongsi kepakaran dalam skop bidang masing-masing supaya ilmu serta maklumat mengenai halalan tayyiban tersebar melalui platform media massa.

Pengerusi, Nurflix Production Sdn. Bhd., Tan Sri Dato' Sri Syed Zainal Abidin berkata kerjasama ini dapat memperkukuhkan lagi usaha mereka dalam menyebarkan ilmu berkaitan halalan tayyiban di kalangan masyarakat dan pengguna, serta memperkukuhkan lagi institusi penyelidikan dan pendidikan tinggi di Malaysia,” katanya.

Kerjasama ini selari dengan Pelan Strategik UPM untuk melestarikan ekosistem jaringan industri dan masyarakat dengan memanfaatkan kepakaran melalui kolaborasi itu. - UPM

WXDdWAq~